SEK KEB BUKIT TEMBAKAU
KERTAS KERJA
PROGRAM KECEMERLANGAN
MURID TAHUN 6
2011`
PENDAHULUAN
Program Kecemerlangan Murid Tahun 6 adalah satu aktiviti yang dijalankan untuk murid tahap 2. Program ini dijalankan berikutan beberapa program persediaan UPSR yang telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid. Program ini juga merupakan salah satu program untuk memperkasakan sekolah dalam bidang akademik.
RASIONAL
1. Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi persediaan UPSR.
2. Memberi peluang murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.
3. Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
4. Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
5. Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid.
6. Memahami tentang perkara-perkara yang dapat menghalang kecerdasan fikiran murid-murid.
OBJEKTIF
1. Mencari dan mengenal potensi untuk membina keyakinan diri murid.
2. Menanamkan sikap mementingkan kaedah pembelajaran yang berkesan.
3. Memberikan murid persediaan fizikal dan mental ke arah kecemerlangan potensi.
4. Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
5. Mendapatkan keberkatan ilmu sebelum menghadapi UPSR.
6. Memberi pendedahan kepada murid-murid teknik-teknik menjawab soalan UPSR.
KUMPULAN SASARAN
1. Murid-murid Tahun 6 3. Guru-guru Tahun 6
2. Ibubapa murid Tahun 6 4. Semua Warga Sk. Bukit Tembakau
PROGRAM YANG AKAN DILAKSANAKAN
1. Program Motivasi Kem Waja Diri
2. Program ZoomA
3. Kelas Tambahan Selepas Sekolah
4. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
5. Kelas Tambahan Cuti Sekolah
6. Motivasi Kecemerlangan Pelajar
7. Bacaan Yassin Setiap Jumaat
8. Program Mentor Mentee
9. Kelas Kepung Waktu Peperiksaan
10.Solat Hajat & Bacaan Yassin
AIAN UPSR 2006 – 2008
& Ajk Program Kecemerlangan UPSR SK Bukit Tembakau
Penasihat : Pn. Rogayah Mohamed Said
Pengerusi : En. Abd Razak Othman
Naib Pengerusi : Pn. Siti Zabedah Othman
Penyelaras : En. Khairul Anuar Yaakup
Setiausaha : Pn. Norhaizura Harin
Bendahari : Pn. Hjh. Suhaidah Baki
JAWATANKUASA KERJA
Laporan Q-net Su. Peperiksaan
Pn. Norhanizah Abd Rahman Pn. Aslinda Md. Yunos
Penyelaras Co Jadual Kelas Tambahan/ ZoomA
Pn. Norliza Hashim Pn. Rosnizam Awang
Motivasi
Pn. Nurul Sakeena Nordin
Program & Aktiviti
Semua Warga Sekolah Kebangsaan Bukit Tembakau
CAPAI34 117
Perancangan Program UPSR 2011
Bil. | Program | Tindakan | Tarikh Pelaksanaan |
1. | Bacaan Yasin setiap Jumaat | Ustaz Khairul | Setiap jumaat |
2. | Mesyuarat Guru Tahun 6 kali 1 | Semua AJK | 13/1/2011 |
3. | Majlis Temu Mesra ibubapa bersama guru tahun 6 - Ucapan Guru Besar - Ucapan YDP PIBG - Memperkenalkan guru tahun 6 - Program mentor/mentee - Bacaan ikrar - Dialog ibubapa bersama guru tahun 6 | Penyelaras Su/tahun 6 Semua Guru | 21/01/2011 ( Jumaat ) |
4. | Program Mentor/Mentee Penyerahan Anak Angkat Kepada Semua Guru | GPK 1 Penyelaras Su/tahun 6 | 21/01/2011 ( Jumaat ) |
5. | Mesyuarat Guru Tahun 6 kali 2 | Semua AJK | 10/2/2011 |
| Kem Waja Diri Pengurusan Masa Teknik Belajar Berkesan -Teknik membuat nota ringkas -Teknik membuat peta minda Penceramah En. Rohizal Kaunselor Bengkel (ZoomA) Penceramah En Tarmugi Jabatan Pelajaran Melaka | GPK 1 GPK HEM Penyelaras Su/tahun 6 Semua Guru | Tarikh : 21/02/2011 ( Sabtu ) Masa : 8.00 pg hingga 6.00 ptg |
7. | Kelas tambahan cuti sekolah I | GPK 1 Penyelaras Su/tahun 6 Semua Guru Mata Pelajaran Teras | 14 Mac hingga 17 Mac 2011 |
8. | Kelas Tambahan Selepas Sekolah | GPK 1 Penyelaras Su/tahun 6 Semua Guru Mata Pelajaran Teras | Mulai 21/03/2011 Hari : Isnin dan Selasa Masa : 1.30 hingga 3.30 ptg |
9. | Mesyuarat tahun 6 kali 3 | Semua AJK | 31/3/2011 |
10. | Teknik menjawab soalan BM penceramah Pn.Azlina BI penceramah Pn. Zaidah Atan GPK 1 SK Paya Redan Mate penceramah En. Mohd Yusuf Guru Cemerlang SK Bukit Baru Sains penceramah En. Zulkafli Bakatar SK Bukit Baru | GPK 1 Penyelaras Su/tahun 6 Semua panitia yang berkaitan | BM 4/04/2010(Isnin) BI 11/04/2010(Isnin) Mate 18/04/2010(Isnin) Sains 25/04/2010(Isnin) Masa : 2.00 hingga 4.00 ptg |
11. | Mesyuarat Tahun 6 kali 4 | Semua AJK | 27/4/2011 |
12. | Kelas tambahan cuti sekolah II | GPK 1 Penyelaras Su/tahun 6 Semua Guru Mata Pelajaran Teras | 30Mei-1Jun 2011 06Jun- 8Jun2011 |
13. | Ujian Gerak Gempur 1 | GPK 1 Penyelaras Su. Peperiksaan | 28/6/2011 |
14. | Mesyuarat Tahun 6 kali 5 | Semua AJK | 30/6/2011 |
15. | Ujian Gerak Gempur 2 | GPK 1 Penyelaras Su. Peperiksaan | 12/7/2011 |
16. | Mesyuarat Tahun 6 kali 6 | Semua AJK | 28/7/2011 |
17. | Percubaan UPSR | GPK 1 Penyelaras Su. Peperiksaan Semua AJK | 2/8/2011 |
18. | Gerak Gempur 3 | GPK 1 Penyelaras Su. Peperiksaan Semua AJK | 15/8/2011 |
19. | Bacaan Yassin dan Solat Hajat Tazkirah Solat Maghrib Solat Hajat Bacaan Yassin Solat Isyak | Semua Warga SKBT | 8/09/2011 |
20. | Majlis Mohon Restu ( Amanat Terakhir ) Ucapan Guru Mata Pelajaran Ucapan GPK 1 Ucapan Guru Besar | GPK 1 Penyelaras Su/tahun 6 Semua Guru Mata Pelajaran | 9/09/2011 |
21. | Kelas Kepung Waktu Peperiksaan | GPK 1 Penyelaras Su/ tahun 6 Semua Guru Mata Pelajaran | 12/09/2011 |
22 | Program Selepas UPSR | GPK 1 Penyelaras Su/tahun 6 | 19/09 – 18/11/2011 |
Sumber Kewangan | Bil Murid | Jumlah |
Ibu Bapa / Penjaga | RM 70 X 39 murid | RM 2730 |
Disediakan Oleh Disahkan Oleh
Khairul Anuar B Yaakup Pn. Rogayah Bt. Mohamed Said
Penyelaras Guru Besar
Program Kecemerlangan UPSR Sekolah Kebangsaan Bukit Tembakau
Sekolah Kebangsaan Bukit Tembakau
kertas kerja yg cantik...terima kasih kerana berkongsi
ReplyDeleteIzinkan saya berkongsi kertas kerja ini. tkasih.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini dan saya minta izin untuk mengambil sedikit idea
ReplyDeleteProgram terbaik..mohon kongsi
ReplyDeleteAlhamdulillah... terima kasih kerana sudi berkongsi.
ReplyDelete