Thursday 30 September 2010

Dosa Kecil

Dosa ialah amalan yang melanggar hukum Islam, sama ada melakukan apa yang dilarang oleh Allah s.w.t ataupun meninggalkan suruhanNya.
  1. Pengertian Dosa Kecil
                            Dosa kecil merupakan amalan yang melanggar hukum Islam yang larangannya tidak disertai dengan ancaman kemurkaan dan seksaan daripada Allah s.w.t, sebagaimana larangan daripada melakukan pembaziran di dalam surah al-Isra’ ayat 27:
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
Antara contoh dosa-dosa kecil yang perlu kita hindari ialah
    1. Membuang masa

    1. Membuang sampah merata-rata

    1. Melihat perkara-perkara yang haram

    1. Mendengar perkara-perkara yang melalaikan

Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Guru Besar tentang bayaran bil air yang tinggi, marilah kita bersama mengelakkan pembaziran semasa menggunakannya. Amalan berjimat cermat adalah satu amalan yang terpuji dan dapat menjauhkan kita dari melakukan dosa kecil. Oleh itu kita sebagai guru perlu sentiasa mengingatkan murid-murid tentang amalan murni ini.     

Wednesday 29 September 2010

Pengiraan Markah Dalam Pertandingan Perkhemahan

1. Pertandingan memasang khemah.Masa persiapan 1 jam.
Tempoh masa, hiasan, kerjasama, bilangan gadjet dan ikatan.
2. Pertandingan kawad kaki. masa pertandingan 15 minit bagi setiap kumpulan.
Tempoh masa, kelantangan suara, keseragaman dan menepati arahan ketua kumpulan kawad kaki.
3. Pertandingan balutan kecemasan 15 minit bagi setiap kumpulan. 
Tempoh masa, kemasan balutan, ikatan dan kerjasama.
4.Pertandingan memasak 45 minit bagi setiap kumpulan.
Tempoh masa, kerjasama, rasa, hiasan dan kebersihan.
5. Pertandingan persembahan 5 hingga 8 minit bagi setiap kumpulan.
Tempoh masa, kreativiti, ikut tema, penglibatan semua ahli kumpulan dan kerjasama.
6. Pertandingan kebersihan, keceriaan dan disiplin akan diambil kira sepanjang aktiviti perkhemahan.
Sistem Markah : (10-terbaik, 8-baik, 6-sederhana dan 4-biasa je )
*Perhatian
-Guru-guru pembimbing kumpulan boleh mengambil peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan mulai hari jumaat (1/10/2010) di bilik guru SKBT.
-Semua guru diharap dapat hadir menepati masa seperti yang telah dinyatakan di dalam mesyuarat perkhemahan.
-Bagi guru yang terlibat dengan Open University Aliran SMP semua kelas semester ini akan bermula pada hari ahad kecuali tutorial akhir.

kalau kita tidak mahu ditinggalkan oleh kawan janganlah kita tinggalkan mereka.
 
harap semua berpuas hati dan buat sehabis baik.

Tuesday 28 September 2010

Persiapan Perkhemahan 2010

Guru-guru sedang membuat persiapan bagi aktiviti perkhemahan yang akan berlangsung pada hari sabtu 2/10/2010. Antara pertandingan yang akan diadakan ialah pertandingan mendirikan khemah, kawad kaki, pertolongan cemas, memasak, persembahan dan lain-lain lagi. Tema perkhemahan kali ini ialah SATU MALAYSIA.

Sunday 26 September 2010

Skuad Sihat Sekolah

PhotobucketRombongan Skuad Sihat Sekolah dari Pejabat Kesihatan Daerah Jasin telah mengadakan ceramah dan pameran pemakanan kesihatan di SKBT pada hari isnin bersamaan 27/9/2010. Guru-guru memberikan kerjasama yang baik semasa aktiviti tersebut. Aktiviti telah dibahagikan kepada tiga bahagian.

1. Tiga langkah kenali makanan rosak. Lihat, hidu dan rasa.

2. 7 langkah membasuh tangan yang betul

3. Strategi pencegahan denggi

Saturday 25 September 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan

PhotobucketPhotobucket
Pada 25 Sept 2010, SKBT telah mengadakan LDP . Kali ini kursus yang dilaksanakan adalah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran kaedah Masteri dan Konstruktivisme. Seperti yang telah diketahui, kurikulum adalah satu agenda utama dalam sesuatu sistem pendidikan. Urusan utama /"core bussiness" sesuatu organisasi pendidikan ialah memastikan perlaksanaan kurikulum berjalan dengan sistematik. Nadi perlaksanaan sistem kurikulum adalah panitia matapelajaran. Guru Besar seringkali menyebutkan pengajaran guru-guru mestilah mantap. Ceramah pada kali ini telah disampaikan oleh Pn. Aslinda dan Pn. Nur Akma. Hasil daripada pembentangan ini guru-guru telah mendapat input yang baik dan mengadakan perbincangan yang berfokus ke arah pengajaran yang terbaik dalam mendidik murid-murid.

Di antara aktiviti yang dijalankan semasa kursus ini adalah:

1. Taklimat daripada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, GPK HEM dan GPK kokurikulum.
2. Ceramah kadeah pengajaran Masteri dan Konstruktivisme
3. Membuat perancangan stretigik 2011.



PEMBELAJARAN MASTERI
•Pelopor pembelajaran masteri: Benjamin Bloom dan diubahsuai oleh Block
•‘Masteri’ bermaksud: mencapai kemahiran seperti dalam objektif pembelajaran dengan memperoleh skor 80% ke atas dalam penilaian/ujian
•Ciri-ciri pembelajaran masteri:
•Guru memecahkan unit pembelajaran kepada tajuk-tajuk kecil
•Tiap-tiap tajuk kecil ada objektif khusus
•Guru beritahu pelajar tiap-tiap objektif yang hendak dicapai
•Guru tentukan kriteria untuk mencapai objektif
•Pelajar yang tidak mencapai skor minimum atau tidak berpuas hati dengan skor diperolehi, boleh mengulang semula tajuk kecil tersebut sebelum beralih kepada tajuk lain
•Berasaskan pelajar dan kumpulan, boleh berbentuk individu atau pelajar belajar sendiri
•Aplikasi:
•Peranan guru adalah sebagai pembimbing
•Guru boleh atur supaya pelajar dapat bantuan daripada rakan sebaya sesama kelas atau ahli-ahli lain kumpulan
•Guru boleh mengadakan ujian menguji kefahaman pelajar
•Pelajar yang telah mencapai tahap minimum boleh diberi aktiviti pengayaan

KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK

Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimentasi di samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri.

Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang.

Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.


KESIMPULAN

Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep.

Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui sebelum ini.

Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran secara konstruktivisme dan koperatif. Selain daripada itu, guru juga harus bersedia dengan pelbagai kaedah pengajaran supaya dapat membuka minda kanak-kanak tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan seharian.

Friday 24 September 2010

Sambutan Hari Raya


SKBT telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan majlis perpisahan guru-guru pelatih pada 24 Sept 2010 yang lalu bersamaan hari Jumaat. Majlis ini telah diadakan secara sederhana namun meriah ditambah dengan pelbagai juadah dan kueh-mueh yang disediakan oleh warga SKBT. Sambutan Hari Raya ini diceriakan lagi dengan ucapan GPK 1, Tn Hj Mohd Yasak B Roslan dan juga persembahan nyanyian lagu raya oleh guru SKBT. Saya selaku penyelaras program sambutan mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKBT atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.
 Kita harus bersyukur kepada Tuhan kerana kita dapat merayakan majlis ini secara aman dan damai serta juadah yang banyak tidak seperti sesetengah negara lain yang ditimpa bencana dan bermacam-macam kesusahan. Semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan dan kemesraan di kalangan warga sekolah ini.

Udara dingin hening pagi
Kicauan burung memulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Mari bersama menyucikan diri.

Tanpa mengira miskin dan kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-bermaafan dihari mulia.

Wednesday 22 September 2010

Kelas Kepung


Antara Program Kecemerlangan UPSR yang mampu membantu anak murid ku di SKBT ialah kelas kepung yang dilaksanakan semasa hari peperiksaan. Semua guru mata pelajaran membantu menjayakan aktiviti tersebut.
Guru Besar sebagai pencetus idea ini dan diharap ianya mampu membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah.


Tuesday 21 September 2010

Hari Pertama Peperiksaan UPSR 2010


Murid-murid kusyuk mendengar amanat terakhir sebelum ke dewan peperiksaan daripada Pn. Rogayah Bt. Mohamed Said , Guru Besar SKBT. Murid berbaris dan membaca doa sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Murid-murid berada dalam keadaan bersemangat disebabkan guru-guru serta ibu bapa bersama-sama mendoakan kejayaan mereka.

Monday 20 September 2010

Majlis Penyerahan Ilmu


Pada hari Isnin (20 September 2010), SK Bukit Tembakau telah menganjurkan Majlis Penyerahan Ilmu bermula jam 8.00 pagi bertempat di Dataran Ilmu.

Majlis ini dihadiri oleh Semua Warga SKBT. Majlis ini juga merupakan acara tahunan yang telah dijalankan oleh pihak sekolah terutama pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan UPSR.

Majlis ini adalah satu acara 'simbolik' di mana guru-guru tahun 6 secara rasminya meredhakan, mengikhlaskan & menghalalkan segala ilmu yang telah diajar kepada murid-murid tahun 6. Majlis ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.
                                            
Di majlis ini juga, murid-murid telah melafazkan ikrar kepada warga sekolah di mana mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.

Dengan keredhaan guru-guru, murid-murid tahun 6 kini sepatutnya sudah amat bersedia untuk menghadapi peperiksaan mereka. Selamat berjuang!





Saturday 18 September 2010

Bersama Selebriti: Didik anak salam, kenali saudara ceriakan Aidilfitri Oleh Zaidi Mohamad edisimingguan@bharian.com.my 2010/09/19

ERRA turut menjadikan kemestian untuk Aleesya bersalam dan berkawan dengan seisi keluarga.
Musim raya patut dimanfaatkan erat ukhuwah, silaturahim

AIDILFITRI, diraikan penuh meriah dengan amalan kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara, rakan dan taulan untuk saling bermaafan. Namun, amalan turun temurun itu semakin hari dilihat kian terhakis, generasi muda terutama di kota lebih gemar memerap di rumah atau bersiar-siar di pusat beli-belah. Pelakon, Erra Fazira menceritakan pengalamannya menyambut lebaran kepada wartawan Edisi Mingguan, ZAIDI MOHAMAD.
Erra mungkin mengenali hampir semua anggota keluarga dan waris, atas faktor selebriti anda atau dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan hubungan dan silaturahim. Pahit diakui, generasi sekarang hampir tidak mengenali saudara mara, termasuk sepupu sendiri.
Ia sesuatu yang amat merugikan, bukan saja kepada individu itu sendiri malah hingga ke generasi seterusnya. Jika anak leka, maka ibu bapalah yang menegur. Jika ibu bapa pun mengabaikan hal ini, saudara mara lain berhak dan mempunyai kuasa untuk bersuara demi menyatukan ikatan kekeluargaan. Alhamdulillah, saya agak rapat dengan keluarga dan saudara mara di kedua-dua belah ibu bapa saya.

Saya dididik untuk sentiasa bersama keluarga dan manfaatkan hari raya setahun sekali ini sebaik-baiknya untuk mengeratkan lagi silaturahim. Sekarang, saya ingin menyampaikan amanah ini kepada anak saya pula. Saya harap ia akan terus berpanjangan.

Anak-anak dewasa ini jarang mahu mengikut ibu bapa berkunjung atau menziarah rumah saudara mara atas alasan tidak kenal selain bosan. Apa pendapat Erra. Sudah menjadi kebiasaan apabila anak meningkat remaja serta dewasa, mereka mempunyai pandangan dan perancangan tersendiri. Tetapi, sekiranya ibu bapa dan orang sekeliling sudah menerapkan erti raya kepada anak-anak seawalnya, di samping menunjukkan contoh dan teladan yang baik, saya pasti anak-anak akan sedar tanggungjawab dan akur pada rutin yang sudah dipupuk sedari kecil.

Apa usaha yang boleh diambil untuk mengumpulkan semua anggota keluarga. Bagaimana pula dengan kemudahan seperti Facebook atau Twitter yang kini lebih menjadi pilihan sebagai medium untuk berinteraksi.

Seperti pandangan saya di atas, amalan kunjung mengunjung ini menjadi tanggungjawab semua orang dalam komuniti itu sendiri untuk terus menghidupkannya. Ikatan kemesraan yang rapat, memberi contoh baik kepada yang muda, rutin diperkasakan hingga menjadi budaya, membuat agenda kekeluargaan, sentiasa ingat mengingati dan tegur menegur jika ada ahli yang semakin jauh tersasar melupakan ukhuwah sesama kita.

Kecanggihan teknologi dapat membantu untuk berinteraksi dan dianggap sebagai nilai tambah, tapi setinggi mana pun teknologi itu, sentuhan tangan dan kehadiran secara nyata masih sangat penting dan harus dikekalkan.

Bagaimana Erra hendak mendidik puteri kesayangan, Aleesya mengenai kasih sayang dan perlunya menjalin hubungan rapat dalam keluarga?

Mungkin Aleesya masih terlalu kecil untuk mengerti situasi sebegini tetapi saya harus pupuk menggunakan pendekatan bersesuaian dengan usianya. Seawalnya, saya dan suami banyak memberi contoh dengan mengunjungi ibu dan mentua setiap hujung minggu sambil menerangkan kepentingan berbuat demikian.

Saya perkenalkan salasilah keluarga kami kepadanya. Saya turut menjadikan kemestian untuk Aleesya bersalam dan berkawan dengan seisi keluarga serta saudara mara.

Harap-harap ini menjadi satu permulaan yang baik dalam mendidik Aleesya dalam perkara ini.

Ulasan blogger . Memang tidak dapat dinafikan lagi budaya ataupun  amalan kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara, rakan dan taulan untuk saling bermaafan semakin hari dilihat kian terhakis samada oleh generasi muda mahu pun tua. Kemajuan hari ini mampu menghubungkan kita mengucapkan Selamat HariRaya dan bertanya khabar berita walau tidak bersua. Cuma dirasakan tentu tiada kemesraan tanpa bersalaman dan berjumpa. Masing-masing ada alasan tersendiri anak-anak hampir menghadapi peperiksaan penting, kerja banyak atau harga petrol yang tinggi.           

Puasa enam hari di bulan Syawal


Puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa wajib bulan Ramadhan adalah amalan sunnat yang dianjurkan dan bukannya wajib. Seorang muslim dianjurkan mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal. Banyak sekali keutamaan dan pahala yang besar bagi puasa ini. Diantaranya, barangsiapa yang mengerjakannya niscaya dituliskan baginya puasa setahun penuh (jika ia berpuasa pada bulan Ramadhan).

Sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadits shahih dari Abu Ayyub Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda, yang artinya: ‘Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, berarti ia telah berpuasa penuh setahun .’ (HR: Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)
Rasulullah bersabda lagi: ‘Barangsiapa mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal selepas ‘Eidul Fitri bererti ia telah menyempurnakan puasa penuh setahun . Dan setiap kebaikan diganjar sepuluh kali ganda.’

Dalam sebuah riwayat berbunyi, yang artinya: ‘Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa bulan Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun.’
(HR: An-Nasa’i dan Ibnu Majah dan dicantumkan dalam Shahih At-Targhib).
Ibnu Khuzaimah meriwayatkan dengan lafazh: ‘Puasa bulan Ramadhan setara dengan puasa sepuluh bulan. Sedang puasa enam hari bulan Syawal setara dengan puasa dua bulan. Itulah puasa setahun penuh.’

Para ahli fiqih madzhab Hambali dan Syafi’i menegaskan bahwa puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa Ramadhan setara dengan puasa setahun penuh, karena pelipat gandaan pahala secara umum juga berlaku pada puasa-puasa sunnat. Dan juga setiap kebaikan dilipat gandakan pahalanya sepuluh kali ganda.

Salah satu faedah terpenting dari pelaksanaan puasa enam hari bulan Syawal ini adalah menutupi kekurangan puasa wajib pada bulan Ramadhan. Sebab puasa yang kita lakukan pada bulan Romadhan pasti tidak terlepas dari kekurangan atau dosa yang dapat mengurangi keutamaannya. Pada hari kiamat nanti akan diambil pahala puasa sunnat tersebut untuk menutupi kekurangan puasa wajib.

Sebagaimana sabda Rasululloh Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, yang artinya: ‘Amal ibadah yang pertama kali di hisab pada Hari Kiamat adalah shalat. Allah Ta’ala berkata kepada malaikat -sedang Dia Maha Mengetahui tentangnya-:
‘Periksalah ibadah solat hamba-hamba- Ku, apakah sempurna ataukah kurang. Jika sempurna maka pahalanya ditulis utuh sempurna. Jika kurang, maka Allah memerintahkan malaikat:
‘Periksalah apakah hamba-Ku itu mengerjakan solat-solat sunnat? Jika ia mengerjakannya maka tutupilah kekurangan solat wajibnya dengan solat sunnat itu.’ Begitu pulalah dengan amal-amal ibadah lainnya.’ (HR: Abu Dawud)

Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?

Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal.


Friday 17 September 2010

Hadis : Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya

Hadis :
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain". Riwayat Hadith al-Bukhari

Huraian :
1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.

2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.

3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.


Thursday 16 September 2010

Warga SKBT Mengucapkan Selamat Menduduki UPSR Kepada Murid-murid Tahun 6

Doa memohon kejayaan cemerlang :


اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.

Mudah-mudahan anak-anak didikku mencapai kejayaan yang cemerlang... amin

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat

Majlis bacaan Yassin dan Solat Hajat telah dipimpin oleh Ustaz Omar Said , mudah-mudahan murid-murid SKBT mendapat kejayaan yang cemerlang serta keberkatan hidup di dunia dan akhirat. amin....

Ikrar Murid-murid Tahun 6

Wednesday 15 September 2010

Peranan Ibu Bapa Menjelang Peperiksaan

Musim peperiksaan menjelang lagi. Disaat begini ibu bapa biasanya lebih bimbang
berbanding anak-anak. Diantara ibu dan bapa pula, ibulah yang lebih gemuruh
berbanding bapa. Sebagai seorang bapa, saya memahami perasaan dan tekanan
yang dihadapi oleh ibu bapa. Memang pengalaman mendidik anak orang dengan mendidik anak sendiri cukup berbeza.

Jangan pula kerana tekanan yang kita rasakan dan harapan yang kita letakkan
terhadap seorang anak, membuatkan kita kelam kabut hingga lupa apa yang patut
dilakukan disaat menjelangnya peperiksaan. Salah pendekatan kita maka anak yang akan menerima akibatnya kelak hingga tanpa disedari menjejaskan prestasi peperiksaannya.
Sebagaimana tahun-tahun yang lalu ada kalangan murid-murid yang menghadapi tekanan tahun ini berlaku juga . Terdapat murid-murid yang mengalaminya disaat UPSR hampir tidak berapa hari lagi . Murid-murid ini perlu ditenangkan supaya tidak menjejaskan peperiksaan mereka nanti. Masalah sebegini janganlah dipandangan ringan kerana ia akan menjejaskan pencapai mereka dan juga pencapaian keseluruhan sekolah nanti. Oleh itu, para pentadbir, guru-guru serta ibu bapa perlu segera menangani masalah psikologi murid-murid ini dengan kaedah-kaedah yang sewajarnya.


1. Fahami Tekanan Yang Dihadapi Oleh Anak

Bukan sahaja ibu bapa yang bimbang, anak-anak juga sebenarnya bimbang. Mungkin
ada diantara mereka tidak begitu menunjukkan kebimbangan tetapi ia dapat dilihat
dari segi perubahan sikap dan tingkah laku mereka. Ada anak-anak yang rungsing lalu
tidak berselera makan tetapi ada pula yang menjadi terlalu kuat makan. Ada yang
tidak boleh tidur tetapi ada pula yang semakin kuat tidurnya. Ada yang murung,
marah-marah, sensitif dan sebagainya. Sememangnya perasaan bimbang boleh
menyebabkan berlakunya perubahan sikap dan tingkah laku ini. Sebagai ibu bapa, kita
mesti peka terhadap perubahan ini dan cuba sedaya upaya mengurangkan tekanan
tersebut dengan lebih memahami mereka. Katakan kepada mereka dengan jelas
bahawa apa yang kita harapkan dari mereka hanyalah melakukan yang terbaik
mengikut kemampuan diri mereka. Jelaskan kepada mereka kecemerlangan akademik
bukan hanya satu-satunya syarat untuk mereka hidup cemerlang di dunia Allah ini.
Apabila tinggal beberapa hari lagi untuk menghadapi peperiksaan, elakkan dari
menyuruh mereka menjawab terlalu banyak soalan-soalan yang mereka tidak ketahui
penyelesaiannya kerana ini akan membuatkan mereka rasa tidak bersedia. Keyakinan
diri mereka akan tergugat dan ini akan menjejaskan prestasi mereka dalam menjawab
soalan-soalan yang mereka sedia ketahui. Adalah lebih baik ibu bapa diam tanpa memberikan sebarang komen apabila didapati perasaan anak terlalu tertekan hingga ada ketikanya dia memberontak lalu meluahkan perasaan dengan mengatakan yang dia pasti gagal. Perhatikan sahaja gelagat anak sebab biasanya luahan perasaan itu bukanlah luahan yang sebenar. Selepas itu, ajak anak melakukan aktiviti yang menyeronokkan tanpa perlu keluar dari rumah. Misalnya, adakan masa untuk menonton cerita jenaka seketika. Berhibur dan bergelak ketawalah sekeluarga. Ini akan membuatkan perasaan tegang dalam diri anak mengendur dan dia kini bersedia untuk kembali belajar semula. Ketika ini, tanamkan keyakinan dalam diri mereka semula. Rancang bersama jadual ulangkaji mereka.

2. Tingkatkan Keyakinan Diri Anak

Keyakinan diri yang tidak mantap sering menghantui jiwa anak-anak. Ada diantara
mereka yang memang telah membuat ulangkaji sejak awal lagi tetapi tetap rasa tidak
yakin pada diri sendiri. Sebagai ibu bapa kita perlu tahu bahawa keyakinan itu
datangnya dari persediaan. Semakin bersedia anak kita maka semakin yakinlah
mereka. Persediaan ini pula bukan sekadar membaca, menghafal dan menyediakan
nota semata-mata. Persediaan ini mestilah merangkumi aspek menerima (input) dan
mengeluarkan (output) maklumat. Proses mendapat maklumat termasuklah membaca, membuat nota ringkas, menghafal, bertanya, dan mengetahui teknik menjawab soalan-soalan. Proses mengeluarkan maklumat pula ialah menjawab soalan-soalan seperti membuat latihan, latih tubi dan simulasi dengan menggunakan segala pengetahuan yang telah diperolehi dalam proses mendapat maklumat itu tadi. Galakkan anak menjawab sebanyak mungkin soalan agar mendapat pengalaman. Lebihkan proses latih tubi untuk mana-mana topik yang agak lemah atau bentuk soalan yang kurang dikuasai. Seterusnya,
perhebatkan simulasi iaitu menjawab soalan-soalan tahun lepas serta soalan-soalan
ramalan mengikut masa yang telah ditetapkan. Lakukan proses simulasi ini seolah-olah
dia benar-benar berada dalam dewan peperiksaan yang sebenar.

3. Dorong Anak Secara Positif

Ibu bapa hendaklah sering memberikan harapan kepada anak dengan melontarkan
kata-kata yang positif. Apakah kata-kata positif? Kata-kata positif adalah kata-kata
yang apabila diucapkan akan menghasilkan gambaran minda yang juga positif.
Misalnya:
bukan "Jangan buang masa".... tapi ucapkanlah "Manfaatkan masa",
bukan "Jangan berputus asa"... tapi ucapkanlah "Berusahalah dengan lebih gigih lagi"
atau "Mak percaya adik pasti BOLEH
 bukan "Jangan kelam kabut".. tapi ucapkanlah "Banyakkanlah bertenang",
bukan "Elakkan kecuaian".. tapi ucapkanlah "Tingkatkan ketelitian dan
lebih berhati-hati", Malah banyak lagi contoh-contoh yang boleh diberikan.

4. Kerjasama Sepenuhnya

Apabila seorang anak bakal menduduki peperiksaan penting maka keseluruhan ahli
keluarga yang ada dalam rumah hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya.
Antaranya, hormati waktu ulangkaji anak itu dengan setiap ahli keluarga menjadikan
waktu itu sebagai waktu belajar. Misalnya ibu bapa boleh manfaatkan waktu itu untuk
membaca bahan-bahan yang berfaedah. Adik kecil pula diberikan kertas dan pensil
untuk menconteng. Datuk dan nenek, kalau tinggal dirumah yang sama, gunakanlah
waktu itu untuk membaca al-quran. Begitulah juga dengan yang lain-lain. Pastikan
tidak seorang pun daripada ahli keluarga yang menonton TV, mendengar radio,
sembang-sembang kosong, bermain-main dan sebagainya sedangkan ada anak yang
sedang bertungkus lumus menghadapi pelajarannya. Dengan cara ini anak akan
dapat rasakan bahawa perjuangannya dihargai.

5. Kurangkan Aktiviti Luar

Elakkanlah dari terlalu banyak membuang masa dengan aktiviti diluar seperti keluar
membeli belah, makan di luar, balik kampung, menziarahi saudara mara dan
sebagainya. Ingatlah setiap minit itu amat berharga untuk anak oleh itu pastikanlah
setiap aktiviti yang dirancang menyumbang kepada persediaannya untuk menghadapi
peperiksaan sama ada persediaan mental, emosi, fizikal atau rohani anak-anak.
Tambahan pula, kekerapan berada di luar rumah hanya mendedahkan mereka
terhadap perkara yang tidak diingini sama ada dari segi kesihatan atau keselamatan.

6. Elakkan Anak Dari Tidur Lewat

Ada yang suka belajar hingga lewat malam untuk menghabiskan ulangkaji mereka.
Jangan biarkan keadaan sebegini berlarutan. Pastikan anak anda masuk tidur awal
dan bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulangkaji diwaktu awal pagi
walaupun hanya untuk dua puluh atau tiga puluh minit. Diwaktu ini fikiran mereka
tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman. Banyak maklumat yang
dibaca ketika ini akan diingat untuk tempoh masa yang lebih lama.

7. Berikan Anak Pelepasan Tugas Harian

Berikanlah anak anda layanan yang istimewa kerana menjelangnya peperiksaan.
Berikan dia bebas dari melakukan tugas harian yang sememangnya menjadi rutin
hariannya seperti mengemas bilik, menolong emak di dapur, membersih halaman
rumah, mencuci pakaian dan sebagainya. Agihkan sementara tugas-tugas ini kepada
orang lain seperti kakak, abang, adik atau ibu bapa sendiri. Dengan cara ini anak
yang akan menduduki peperiksaan dapat merasakan bahawa seluruh ahli keluarga
memang benar-benar mahu lihat dia cemerlang. Dia akan rasa bersalah kiranya waktu
yang diperuntukkan untuk belajar tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya sedangkan semua
orang telah memberikan kerjasama. Dia juga akan sentiasa mengharapkan suasana
peperiksaan sebegini datang lagi kerana seronok mendapat pelepasan tugas. Anak-
anak yang lain tidak ada sebab untuk cemburu sebab apabila tiba masa mereka maka
mereka juga akan dilayan dengan cara yang serupa.

8. Nyatakan Ganjaran Dengan Jelas

Jangan biarkan anak anda berteka teki terhadap ganjaran yang bakal dia terima
sekiranya dia memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Nyatakan
dengan jelas bentuk ganjaran yang mahu diberikan kepadanya. Kalau ia berbentuk
kebendaan maka nyatakan dengan jelas. Tunjukkan gambar tentang apa yang mahu
anda berikan padanya. Kalau ia suatu percutian, beritahu destinasi yang akan
dilawati. Dapatkan juga risalah tentang destinasi tersebut dan tunjukkan padanya.
Ganjaran yang kabur atau samar-samar tidak akan merangsang jiwa. Misalnya,
elakkan dari berkata, "Kalau abang cemerlang dalam UPSR maka emak akan bawa
abang melancong", sebaliknya hendaklah kita berkata, "Kalau abang cemerlang
dalam UPSR emak pasti bawa abang ke Langkawi, insyaAllah". Pastikan apa jua ganjaran yang mahu diberikan anda mampu menunaikannya. Kalau tidak anak akan hilang kepercayaan terhadap kita sebagai ibu bapa dan lain kali janji kita tidak diambil kisah lagi. Ganjaran juga usahanya bukan sekadar hasil atau pencapaiannya. kalau kita tahu anak telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan tetapi keputusan
peperiksaan tidak seperti yang dimahukan maka berikanlah dia sesuatu sebagai
menghargai penat lelahnya itu.

9. Ambil Cuti

Inilah masanya untuk ibu bapa berikan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada
anak yang bakal menduduki peperiksaan. Ambillah cuti beberapa hari dan usahakan
untuk hantar sendiri anak ke sekolah pada hari peperiksaan tersebut. Sepanjang
perjalanan terus berikan kata-kata perangsang dan nasihat kepadanya. Ingatkan anak
sekali lagi bahawa kita tidak pentingkan apa sekalipun hasil yang dia perolehi, yang
penting dia telah pun memberikan usaha yang terbaik. Apa sahaja keputusannya kita
terima dan bersyukur.

10. Banyakkan Berdoa dan Solat hajat

Tidak ada sesuatu yang lebih bermakna untuk seorang anak ketika menduduki
peperiksaan selain daripada doa dan restu dari kedua ibu bapanya. Oleh itu, inilah
masanya untuk kita luangkan lebih banyak masa berdoa untuknya agar
dipermudahkan urusan anak menjawab setiap soalan, diberikan ketenangan dan
diterangkan hati. Berdoalah dengan suara yang jelas agar didengar oleh anak dan
biarlah dia aminkan doa kita itu. Biar anak menyedari yang kita sering membuat solat
hajat dan berdoa untuknya. Dengan cara ini mereka akan lebih menghargainya.
Semoga petua keibubapaan yang telah diberikan dapat membantu ibu bapa untuk menjadi
lebih cemerlang. Ingatlah, anak-anak adalah waris generasi kita maka terimalah mereka seadanya. Yang penting mereka lakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri mereka sendiri.




IBADAT : SOLAT SUNAT HAJAT

  • Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya  pada niat
  • Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian
  • Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah
       ( cara paling ringkas) ialah :

  1. Lafaz Niat  Solat Hajat :
اصلي سنة  الحاجة  ركعتين   لله  تعالي                                      
Maksudnya :  Sahaja aku Solat Sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala
Bilangan Rakaat :
  1. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram  :
    1. Baca doa iftitah
    2. Baca Al Fatihah
    3. Baca Surah Al Kafirun  1 kali 
    4. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
  2. Pada  Rakaat Kedua
    1. Baca Al Fatihah
    2. Baca Surah Al Ikhlas
    3. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
    4. Membaca Tahiyat  Akhir
  3. Memberi Salam
  4. Berdoa selepas memberi salam :
    1. Mulai doa  dengan lafaz  memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
    2. Setelah itu pohonlah  hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing  seperti  memohon kejayaan  cemerlang dalam peperiksaan, Dijauhkan dari maksiat dll

:  Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika  sujud  terakhir
                             tetapi berdoa di dalam hati sahaja  ( tidak boleh dilafazkan krn          
                             masih lagi berada  di dalam solat- batal solat jika melafazkannya )

                           : Hajat Juga boleh dipohon  di luar solat iaitu dalam sujud selepas   
                             memberi  salam ( boleh melafazkannya krn  telah keluar dari solat)

المهارات الأربع هي الاستماع والكلام والقراءة والكتابة

المقدمة:-
    الهدف من تعليم اللغة العربية وتعلمها هو تنمية أربع مهارات رئيسة لدى المتعلمين.وهذه المهارات الأربع هي الاستماع والكلام والقراءة والكتابة.
   تعتبر القراءة أساسيا من منهج تعليم اللغة الأجنبية.وذلك لأنها مهارة إيجابية فهو يمثل الجزء العملي والتطبيقي لتعليم اللغة.مهارة القراءة هي المهارة الثالثة من المهارات الأساسية في تعليم اللغة العربية بعد الاستماع والكلام,وهي من أهم المهارات التي يجب أن نتعلمها لكي نتواصل مع الآخرين ونواكب المعرفة,ونتعلم مانحتاجه.
   لقد اشتدت الحاجة  إلى هذه المهارة  أي مهارة القراءة  في بداية  دراسة اللغة العربية في المدارس الابتدائية.وهذه المرحلة  ضرورية لإنشاء قاعدة  لغوية يستند  عليها بناء المهارات الأخرى وبغيرها لا تقوم مهارة الكتابة على دغائم راسخة.
  وفي هذا البحث إن شاء الله سنناقش عن مقالة علمية من موقع القرضاوي تأليف الدكتور يوسف القرضاوي. ثم سنحلٌلها ونكتب التقريرعن الأفكار الجوهرية والثانوية التي تكون تابعة للأفكار الجوهرية.وبعد ذلك سنبين الأساليب البلاغية المستخدمة في المقالة والخطوات المناسبة لدرس مهارة القراءة باستخدام هذه المقالة.
   وبالتالي في هذا البحث سنكتب الأساليب والطرق المناسبة لتعليم هذه المقالة لدى الطلاب الأجانب وأخيرا سنعطئ آراؤنا فيما يتعلق هذه المقالة بشكل عام, إن شاء الله.

  ( السوءال الأول والثانى) .الأفكار الجوهرية والثانوية في المقالة هي:-
الأفكار الثانوية التي تكون تابعة للأفكار الجوهرية
الأفكار الجوهرية
رقم
*هو أشبة بمحطة استراحة في رحلة الحياة أو واحة في صحرأ الحياة وهذا أمر وجده الإسلام ثم أقره.
*تنقسم عيد الإسلام إلى قسمين يعني عيد الفطر وعيد الأضحى.
*ربط الله الأعياد في الإسلام بالفرائض الكبرى وبالعبادات الشعائرية العظمى وبينها بفريضة الصيام وعيد الفطر.
تعريف العيد.
1.
*المعنى الرباني هو أن لاينسى الإنسان ربه في العيد,مثل بالتكبيروبصلاة العيد والتقرب إلى الله عز وجل.
*المعنى الإنساني للعبد فيتمثل في الفرح والمرح واللعب والغناء ولبس الجديد,وأن يتواصل المسلم مع غيره.


ارتبطت أعياد المسلمين بمعنيين كبيرين.
2.
*فرضها النبي صلى الله عليه وسلم على الكبير والصغير والحر والعبد والرجل والمرأة,وجعلها طهرة للصائم من اللغو والرفث وطعمة للمساكين.
*فجعل الله تعالى هذه الفريضة جبراً لما عساه أن يحدث من خلل في الصيام.
*لذلك لاينبغى أن نؤخر إخراج زكاة الفطر عن صلاة العيد.
شرع الإسلام في عيد الفطر زكاة الفطر.
3.
*الإسلام ليس بدين تزمت ولا دين تضييق بل هو دين الفطرة وفطرة الإنسان أنه يحب اللهو واللعب وخاصة في هذه المناسبات.
*يشرع الإسلام على مجتمعاتنا الإسلامية اليوم يحتفلون الأعياد بالفرح والطرب للصغار والكبار وليس على الصغار فقط.

الإسلام دين الفطرة.
4.
*أن النبي عليه الصلاة والسلام شرع العيد ليكون مهرجناً للكبار وللصغار وللرجال وللنساء والعواتق يعني الأباكر المخبئات.
*في العيد يشهدن الخير ويحضرون الخطبة ويشهدن هذا المهرجان الجامع.
*فالإسلام جعل صلاة العيد في المصلى ولم يجعلها في المسجد ليهنئ بعضهم بعضا ويصافح بعضهم بعضا.
شرع العيد ليكون مهرجناً للأمة كلها.
5.

(السوءال الثالث).الأساليب البلاغيه المستخدمة في المقالة هي:-
  
   ويفهم من هذا أن الكلام البليغ اذا عرا عن البديع لاينقص ذلك شيئا ولايخرجه عن كونه بليغا.والخلاصة من علم البديع هو علم يعرف به وجوه تحسين الكلام بعد رعاية المطابقة لمقتضى الحال ووضوح الدلالة على المعنى المراد.
     إنا نحن حلٌلنا هذه المقالة بدقة ونجد الأساليب البلاغية الكثيرة المستخدمة فيها,ومنها هي:-

1.وتفرح وتمرح
# أسلوب الإطناب-زيادة اللفظ على المعنى لتقويته وتوكيده.

2.في الفرح والمرح واللعب والغناء
# أسلوب الإطناب-زيادة اللفظ على المعنى لتقويته وتوكيده.

3.يأكلون مالذ وطاب
# أسلوب الإطناب-زيادة اللفظ على المعنى لتقويته وتوكيده.
4.غماًوهماً
# أسلوب الإطناب-زيادة اللفظ على المعنى لتقويته وتوكيده

5.العيد هو أشبة بمحطة استراحة في رحلة الحياة أو واحة في صحراء الحياة
# أسلوب خَبَري-يبدأ الجملة بالإسم أو جملة الإسمية.

6.وجعلها طهره للصائم من اللغوى والرفث
# أسلوب الاءقتباس-أن يدخل كلامه شيئا من الحديث.

7.مايمسك الرمق أو يطفى الحرق
# أسلوب السجع_يتوافق الفاصلتين في الحرف الأخير.

(السوءال الرابع).الخطوات المناسبة لدرس مهارة القراءة باستخدام هذه المقالة

  وبين الخطوات المناسبة سنستخدم لدرس مهارة القراءة خصوصا في هذه المقالة قبل أن نبدأ بالتدريس هي خلق الجو الملائم للقراءة,وتحديد نتاج التعلم,وإعداد الوسائل المعينة الحديثة المناسبة للموضوع.



1.إيجاد الجو الملائم للقراءة

   ويقصد بإيجاد الجو الملائم للقراءة هو أن تكون البيئة الدراسية والجو الفصلي خالية من ضوضاء وإزعاجات مثل صوت الجرس والمذياع والتلفاز,وأصوات الناس والعربات والمركبات وغيرها.وعلى المعلم إذن أن يتأكد من أن يكون موقع الفصل أو معمل اللغة المستخدام بعيدا عن المطعم أو فناء المدرسة أو غرفة الاستراحة.والغرض منه الحفاظ على جذب انتباه الطلاب أثناء القراءة والمناقشة مع المعلم وسيساعدهم على فهم النص المقروء بطريقة جيدة.

2.تحديد نتاج التعلم

   يجب على المعلم أن يهتمٌ بنتاج التعلٌم اهتماما عظيما للحصول على التعليم الفعٌال والتعلٌم المؤثر,والمقصود من نتاج التعلم هو الحصيلة التعلمية والتي تأتي بعد  توصيف المادة في   خطة التدريس,وتتضمن فيه الأغراض المستهدفة والمحددة من دراسة مهارة القراءة.لذا على المعلم أن يراعي بعض  الجوانب الضرورية  في التدريس  للضمان على  نجاح نتاج  التعليم.وفيما  يأتي الجوانب الضرورية لتشكيل نتاج التعلم المؤثر:-
 # الأهداف العامة من الدرس المدروس.
# الأهداف الخاصة من الدرس المدروس.
# التأكد من التناسب بين أهداف الدرس ونتاجه التعليم.
# التأكد من تسلسل النقاط للدرس في رُتبتها.
#التوافق بين خلاصة الدرس ونتاجه التعلم.

3.استخدام الوسائل المعينة الحديثة.

   تعدٌ الوسائل المعينة الحديثة من أهم الطرق التعليمية لإجادة عملية التعليم والتعلٌم في أية مؤسسة تعليمية.وهذه الوسائل تسهل وظيفة المعلم في المدارس وكذلك يساعد على إفهام الطلاب عن الدرس بطريقة فعاٌلة.ومن أهداف الاستخدام للوسائل المعية الحديثة هي(محمد عبد الغني المصري,1990م):[1]
# توضيح المعاني المجردة سواء بمشاهدة التلفاز أم بالنظر إلى صورة أو بطاقة ومضيٌة.
# تدرب الطلاب على استمراية التفكير,وبخاصة في حال عرض الشريط السينمائي والأفلام،والشريط الوثائقي,وشريط رسوم متحركة وغيرها.
# مساعدة كلي المعلم والطلاب على زيادة الحصيلة اللغوية الفعالة ونتاج التعلم المثر.
# زيادة رغبة الطلاب في تقبل الدرس والابتعاد من النسيان.
# إيتاح  الفرصة للطلبة في إثراء المفردات اللغوية وتعويدهم بمشاهدة أو استماع إلى نطق عربي محض وسليم.
# توفير الوفت اللازم لتوصيل أكبر كمية ممكنة من الحقائق إلى الطلاب.
تنقسم الوسائل المعينة الحديثة إلى نوعين,وهي كما يأتي(وليد أحمد جابر,2002م)[2]

الوسائل السمعية البصرية
الوسائل البصرية
1.الأفلام الثابته والمتحركة
2.الأقراص المدمجه
3.أشرطة التسجيل
4.التلفاز
1.السبورة
2.الصور
3.البطاقات الومضيٌة
4.اللوحات
5.الصحائف والمجلات

   وبعد هذا ينبغي على المعلم أن يختار طرق التدريس الجيدة والفعالة لتتفق مع الهدف المحدد في دراسة مهارة القراءة.ومن كيفية تقديم المادة العلمية تحديد الطريقة الملائمة بنتاج التعلم, وإجراء قراءة نموذجية وتكرار المادة المسموعة.وفيما يأتي هو بيان مختصر عن هذه الأمور لكي يستفيد العلم كثيرا أثناء ممارسة التدريس لمهارة القراءة.





تحديد الطريقة الملائمة بنتاج التعلم

   إن تحديد الطريقة الملائمة بنتاج التعلم مهم لتقييم قدرة المعلم عند إلقاء المادة العلمية أمام الطلاب.وهذا الأمر مهم جدا لتقدير نجاح الطلاب في فهم الدرس ولمعرفة قدرتهم على كسب مهارة القراءة بعد تعلٌمها.لذا يجيب على المعلم يتأكد من الأمرين الآتيين:-
1. مراعاة محتوى المادة لكل حصة ليتفق مع الوقت المحدد.
2. معرفة قدرة الطلاب على اكتساب المادة مع الاهتمام بمستوى فهمهم للدرس.

قراءة نموذجية

      والمقصود من القراءة النموذجية هو عملية القراءة التي يقوم بها المعلم لتكون نموذجا يستمع إليه الطلاب ويقلدونه,والغرض  منها هو أن يتعرّف الطلاب  على الحروف العربية وكلماتها وجملها وكيفية نطقها بطريقه سليمة.ويمكن أن نجلي هذه القراءة بالخطوات ألاتية (رشدي أحمد طعيمة,1989):[3]


1. يقرأ المعلم المفردات والجمل مصحوبة بما يوضح معناها كنماذج الأشياء وصورها حركات الوجه والإشارات.

2. يتأكٌد المعلم من أن الطلاب قد فهموا معنى هذه الكلمات والجمل وبدأوا يستخدمونها في مواقف اتصال حية.

3. يطلب المعلٌم من الطلاب فتح الكتاب أو النص الذي سيستخدمه المعلم ذلك اليوم,ويقرأ أمامهم الكلمات والجمل مرة أخرى.

4.يطلب المعلم من الطلاب ترديد ما يسمعونه بدقّة,ويردّد الطلاب جماعيا هذه الكلمات والجمل.
   وبعد انتهاء مرحلة القراءة النموذجية,يبدأ المعٌلم بعملية قراءة صامتة وقراءة جهريه مع طلابه.

تكرار المادة المسموعة

   تضم المادة المسموعة شريط فيديو,وبرامج الإذاعية والتلفزيون,والإنترنيت وغيرها.ومن أمثلة البرامج المتوفرة فيها هي نشرة الأخبار,والقصص والحكايات,والمقالات المتعلقة بالحياة الإنسانية وخبرتهم اليومية وغيرها.ويمكن للمعلم أن يستخدم هذه الوسائل التعليمية ويطبقها تطبيقا فعّالا لتدريس مهارة القراءة.وفي هذه الأنشطة يستمع الطلاب إلى هذه المواد المسموعة ويكرّرون الكلمات والجملة والفقرة المذكورة والمنطوقة فيها مرات حتى ينطقوا نطقا سلبما وواضحا.وتعد هذه الأنشطة اللغوية أفضل المنهج لممارسة الطلاب بحسن الإنصات والنطق معا,والتركيز الدقيق على ما سمعهم من المادة  المسموعة المستخدمة أثناء الدراسة, كما أنها تتدربهم على استماع النطق الصحيح واللهجة الفصيحة للغة العربية.

تدريب القراءة

    لقد اقترح أهل التربية طريقة خاصة في تدريب القراءة, وهي أن يبدأ المعلم بالقراءة النموذجية ثم القراءة الجهرية,ثم الشرح والتلخيض.ويمكن للمعلم أن يستخدم هذه الخطوات في تدريب القراءة في الفصل التدريسي مع طلابه.

أولا:القراءة النموذجية

تنقسم القراءة النموذجية إلى نوعين,وهما القراءة المتصلة والقراءة المقطعة.
يقرأ المعلم المادة القرائية والطلاب يستمعون إليه فقط دون أن يرددوا من بعده.وقد  يقرأ المعلم فقرة  واحدة أو  أكثر  لممارسة  مهارات الاستماع والقراءة معا عند الطلاب.ولا يتيح هذا النوع من القراءة فرصة للطلبة في ترديد ما قرأها المعلم ولايمارسهم بنطق الكلمات والجملة والفقرة.
القراءة المتصلة
تركز على عملية قراءة جملة واحدة أو جزء من جملة إذا كانت الجملة
طويلة,ويردد الطلاب من بعده ترديدا جمعيا وصفيا,ثم يقرأ المعلم الجملة التالية ويردد الطلاب من بعده.وتستمر هذه العملية حتى نهايه الفقرة باتباع نفس الطريقة.
القراءة المتقطعة

   ويرى أهل التربية أن القراءة المتصلة أفضل طريقة في تدريس القراءة إذ إنها تهتم بمشاركة الطلاب اهتماما عظيما في نطق الكلمات والجملة والفقرة وترديدها بعد المعلم.

ثانيا:القراءة الجهرية

ويقصد بالقراءة الجهرية هي  القراءة التي ينطق الطالب خلالها مفردات النص وجملة وجملة نطقا سليما مراعيا الحركات معّبرا عن معاني النص قدر ما يستطيع.

ثالثا:الشرح والتلخيض

يعٌد الشرح والتلخيض للنص المقروء مهمان في مرحلتي التعليم والتعلّم لاسيما مادة القراءة,وكلاهما يجري بعد إجراء قراءتي النموذجية والجهرية السابقتين.ويمثل الشرح عملية أحادية الأطراف,إذ يقوم المعلم بشرح الكلملت أو إيصال المعلومات إلى طلابه.
مناقشة الأفكار
ثمثل مناقشة الأفكار مرحلة متقدمة في درس القراءة,وهي عملية ثنائية الأطراف,إذ يتبادل المعلم الآراء ووجهات النظر مع طلابه,أو بين طالب وآخر في الفصل التدريسي.ويمكن إجراء تلك المناقشة بتنفيذ هذه الخطوات.

أولا:استخرج الأفكار الرئيسة

يحتوي نصٌ جيدٌ على أفكارٍ رئيسة منظّمةٍ وواضحةٍ وموجزة,وهي بدورها تشتر إلى التصور العام عن نص ما.لذا,على المعلم  أن يشرح إلى طلابه  عن أهمية اكتشاف الأفكار  الرئيسة الواردة في فقرات النص,والهدف منها الحصول على فهم دقيق للنص المقروء.لتحقيق هذا الغرض,يقوم المعلم باستخراج الأفكار الرئيسة من كل فقرةٍ أو من الأفضل أن يطلب المعلم من طلابه بالبحث عنها,وبذلك يتيح لهم فرصة في استخراج الأفكار الرئيسة بدون المساعدة من المعلم لأول مرة.

ثانيا:قراءة الأفكار

بعد اكتشاف الأفكار الرئيسة,يسأل المعلم واحدا من الطلاب قراءة تلك الأفكار قراءة جهرية
,ثم يصحّحها إذا غير مضبوطة أو يزيدها إذا غير كافية.ويستمر هذا النشاط بعض أوقات حتى يقتنع المعلم بالأفكار الرئيسة المذكورة.وتلي بعد ذلك خطوة أخرى,وهي قراءة واعية لتلك الأفكار,إذ يطلب المدرس كل طالب أن يمعن النظر في تلك الأفكار قبل مناقشتها.

ثالثا:مناقشة الأفكار

إن القراءة الواعية  للأفكار الرئيسة  في نص  ما تفسح مجال المناقشة  أمام  الطلاب .وفي هذه المرحلة يلعب المدرس دورا هاما في إدارة المناقشة,وذلك بأن يطرح بعض إشكالات لطلابه حول النص المقروء ليتيح لهم التفكير النقدي والموضوغي,ومن ثم سيشترك الطلاب في هذه المناقشة وطرح آرائهم المختلفة.


[1] محمد عبد الغني المصري,1990م,كماهيرن ممباج بهاس عرب,اونيورسيتس تربوكا مليسيا,جولاي 2009.
[2] ابيد,صفحة 86.
[3] ابيد,صفحة 88.