Sunday 14 November 2010

HARI RAYA AIDILADHA


HARI RAYA AIDILADHA

Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.


Peristiwa ini ada dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

101. Lalu Kami berikan kepadanya berita Yang mengembirakan, Bahawa ia akan beroleh seorang anak Yang Penyabar.
102. Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar".
103. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan Anaknya Dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - Dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami),
104. Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!
105. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi Yang Engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan kebaikan.
106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian Yang nyata;
107. Dan Kami tebus Anaknya itu Dengan seekor binatang sembelihan Yang besar;
108. Dan Kami kekalkan baginya (nama Yang harum) Dalam kalangan orang-orang Yang datang kemudian:
109. "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".
110. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan kebaikan.
111. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami Yang beriman.


Pengenalan

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab:
عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Hari Raya Aidiladha Dalam Hadis

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha."
(Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)


Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."


Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya.
Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

Kalendar Persekolahan 2011


Kumpulan B
Penggal
Cuti dan Hari Persekolahan
Mula
Akhir
Hari
I
Hari Persekolahan
03.01.2011
31.01.2011
21
Hari Persekolahan
01.02.2011
28.02.2011
20
Hari Persekolahan
01.03.2011
11.03.2011
9
Cuti Pertengahan Penggal
12.03.2011
20.03.2011
9
Hari Persekolahan
21.03.2011
31.03.2011
9
Hari Persekolahan
01.04.2011
30.04.2011
21
Hari Persekolahan
01.05.2011
27.05.2011
20
Cuti Pertengahan Tahun
28.05.2011
12.06.2011
16




II
Hari Persekolahan
13.06.2011
30.06.2011
14
Hari Persekolahan
01.07.2011
31.07.2011
21
Hari Persekolahan
01.08.2011
26.08.2011
20
Cuti Pertengahan Penggal ke II
27.08.2011
04.09.2011
9
Hari Persekolahan
05.09.2011
30.09.2011
20
Hari Persekolahan
01.10.2011
31.10.2011
21
Hari Persekolahan
01.11.2011
18.11.2011
14




Cuti Akhir Tahun
19.11.2011
01.01.2012
44
Jumlah
288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am
210
Jumlah Hari Cuti Penggal
78

Thursday 11 November 2010

Keputusan UPSR

SYUKUR DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU DAN MURID TAHUN 6


Peratus lulus semua mata pelajaran ialah 71.8%. Demikianlah keputusan Peperiksaan UPSR yang telah diumumkan oleh Pn. Rogayah Bt. Mohamed Said Guru Besar SK Bukit Tembakau.
Syukur Alhamdulillah, kerana peningkatan ini melebihi sasaran target. Bagi yang berjaya memperolehi 5A perlu bersyukur kerana usaha anda nampak berjaya, TETAPI tidak semesti kejayaan ini mampu dikekalkan sekiranya, usaha dan semangat yang ada tidak dipertingkatkan. Keselesaan sering menjadikan kita lupa daratan. Sebesar-besar Kapal Titanic boleh tenggelam kerana sikap kapten kapal yang enggan menerima nasihat anak buahnya untuk melakukan pembaikian dan penambahbaikan. Akhirnya tenggelam.

Begitu juga anak-anak yang berjaya mendapat 5A, 4A dan dan yang seterusnya, ingatlah ini baru langkah pertama. Banyak lagi langkah-langkah yang perlu di tempoh dalam perjuangan untuk mencapai kejayaan. Yang pentingnya kenalpasti di mana lagi kelemahan dan kesilapan yang boleh diperbaiki lagi. Kuatkan usaha anda, dekati Allah dengan doa restu dan kerja kuat lagi. Mudah-mudahan kejayaan akan sentiasa menjadi milik kita. Manakala anak-anak yang tidak dapat 5A jangan putus asa. Kata orang puteh; “Failure is a success, if you can learn from it.” Kegagalan itulah kejayaan sebenarnya jika kita cuba belajar, buat refleksi, dan melakukan penambahbaikan usaha dan cara, fokus kita terhadap kelemahan dan dapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada guru dan rakan yang mampu membimbing kita. Dunia belum kiamat lagi. Masa masih ada untuk memperbetul dan memperbaiki kelemahan kita. Cuba lagi semasa di sekolah menengah nanti.

Orang yang cerdik belajar daripada kegagalan. Dare to fail.Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi pelangi. Macam pagi tadi kita semua tertunggu-tunggu guru besar dalam keadaan hujan lebat. Rupanya guru besar memandu dalam keadaan hujan lebat untuk bawa balik keputusan upsr. Alhamdulillah, hujan rahmat kepada semua warga sk.

Tahniah kepada semua.............

Jamuan Tahun 6


Pada 10 November 2010 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan SKBT telah berlansung Jamuan Akhir Tahun yang telah di sediakan oleh murid-murid dan guru-guru tahun 6. Majlis ini menjemput semua warga pendidik SK Bukit Tembakau untuk turut sama memeriahkan lagi majlis tersebut. Semoga majlis tersebut menjadi kenangan kepada semua murid tahun 6.

Program Ikram


Program ini dilaksanakan bagi membolehkan pelajar-pelajar yang akan memasuki tingkatan 1 bagi mendapat maklumat awal tentang persekitaran dan bayaran yuran ke sekolah menengah. Program ini juga diharapkan dapat mendedahkan pelajar berkaitan pakej-pakej pembelajaran dalam aliran tertentu dan juga tentang kokurikulum yang akan dilaluinya nanti.
Majlis dimulakan dengan ucapan GPK 1 Tn. Hj Mohd Yasak B. Roslan dan seterusnya taklimat ke sekolah menengah telah disampaikan oleh Tn. Hj Abu Zaki Kaunselor SMK Seri Mahkota. 

Tarikh   : 10/11/2010
Masa   :   9.00 pagi
Tempat : Dewan SKBT

Sunday 7 November 2010

Seronoknya Bercuti

Cuti sekolah memang seronok, lebih-lebih lagi dapat berkumpul bersama adik-beradik. Acara rutin bulanan kami sekeluarga berkumpul membaca yassin dan solat berjamaah. Alhamdulillah acara kali ini berjalan dengan lancar, setelah selesai membaca yassin dan solat kami menjamu selera . Istemewa hidangan kali ini ialah ayam dan kambing bakar.Berkumpul dan berbincang hal keluarga memang telah kami amalkan sejak ayah tercinta meninggal 10 tahun lalu, alhamdulillah setakat ini kami sekeluarga bersatu hati dalam hal berkaitan adik-beradik. Sebagai anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Mudahan saya dapat terus menemani ibu tercinta hingga ke akhir hayatnya, Insyaallah.

Thursday 4 November 2010

Tergamaknya Seorang Isteri

myMetro » BeritaUtama
Minum darah haid
Oleh FUAD HADINATA YAACOB
hadinata@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan cecair yang dikatakan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah Allah) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia yang dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup di dalam minuman suami.

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Katanya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya.

Halim berkata, dia ada bertanya isterinya mengapa sanggup berbuat demikian, tetapi seperti diduga wanita itu menafikan dia melakukan perbuatan berkenaan.

“Menurut sepupu saya, sebelum kami berkahwin lagi isteri saya sediakan sejenis air untuk saya yang tidak diketahui tujuan. Rakan yang pernah datang ke rumah kami juga berasa tidak sedap hati apabila hendak masuk.

“Apabila saya bertanya isteri, dia tak mengaku dengan memberi pelbagai alasan. Saya tidak tahu mengapa dia sampai hati menyihir saya,” katanya.

Menurut Halim, akibat perbuatan isteri, kerjayanya sebagai perunding dana amanah terjejas sehingga bayaran bulanan rumah tertunggak sembilan bulan.

Hutang kad kredit juga bertimbun, manakala keretanya hanya menunggu masa untuk ditarik kerana ansuran bulanan tidak dijelaskan.

“Kerja saya terjejas teruk. Jika dulu pendapatan mencecah RM20,000 tetapi sekarang jauh merosot, malah pernah dapat tidak sampai RM2,000 sebulan. Apabila hendak jumpa orang, saya malas pergi apabila tiba masanya.

“Sebaliknya isteri saya yang bekerja bidang sama mampu memperoleh RM20,000 ke RM50,000 sebulan, malah dalam bidang ini dia terkenal antara yang berjaya mencatat perolehan tertinggi,” katanya.

Halim berkata, apabila keadaan itu berlaku isterinya hidup dalam serba kemewahan, tetapi dia sebaliknya.

“Apabila isteri hidup dalam keadaan bertuhankan duit, dia mula berubah, rasa diri hebat, bongkak, meninggi diri serta sombong. Saya seperti orang suruhan dia. Begitupun sebagai suami, saya masih menjalankan tugas dan tanggungjawab saya,” katanya.

Menurutnya, selepas mengetahui dirinya disihir, dia menemui empat bomoh, termasuk pakar perubatan Islam, untuk membuang sihir berkenaan.

“Ada yang saya jumpa beritahu, saya sudah lama kena (sihir). Melalui seorang ustaz, saya diberitahu, dalam satu tangkal, isteri saya menggunakan darah haidnya manakala tangkal lain menggunakan minyak kelapa, kertas wafak yang didakwa ada jin serta tulisan jampi serapah. Ada juga memberitahu, tangkal itu dihasilkan daripada air mani gajah,” katanya.

Menurutnya, tangkal berkenaan diserahkan kepada pengamal perubatan Islam untuk ‘dimatikan’ sihirnya dan dia kini masih mendapatkan rawatan pemulihan berterusan.

“Saya masih sayangkan isteri demi anak kami yang berusia tiga tahun dan dia pula kini mengandung tiga bulan. Malah kami masih tinggal bersama meskipun tidak sehaluan.

“Namun, melihat isteri semakin jauh menyimpang, saya tiada pilihan selain memfailkan permohonan nusyuz di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya.

Halim yang berharap akan pulih segera daripada ilmu hitam itu merancang membina kembali kerjayanya, selain hidup dalam keadaan tenang dan bahagia.

Suami Dayus @ Di Sihir

Suami Dayus Dan Isteri Nusyuz


Pertama Maafkan saya jika tulisan saya ini membuat pembaca marah atau tidak senang dengan kata kata saya ini, tapi sebagai saudara sesama Islam, saya bersuara demi memelihara Agama Islam yang Indah lagi Suci. Maafkan Saya..

Saya melihat sudah menjadi "trend" "suami dayus isteri Nusyuz"
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
Hadith Nabi SAW
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

Dalam Hadith Nabi SAW
"Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat wajahnya
Orang yang derhaka kepada ibu bapa,si perempuan meyerupai laki laki dan lelaki dayus"

Disini Jelas lagi nyata Bukan Syurga saja yang tidak dapat dimasuki malah Allah tidak ingin melihat wajah lelaki Dayus, Saya masih hairan Warning dari Allah tapi kalian masih berbangga isteri isteri kalian menggayakan aksi aksi berahi serta membenarkan isteri bersama lelaki lain, kalian sebagai Suami hanya bertindak "on" sahaja. Jangan lah terlalu moden sehingga menjadi dayus.
Apakah kalian "suami" tidak mempunyai rasa malu melihat isteri kalian "sedemikian rupa"

Memang betul kata kata Syeiks Al Imran Al Latif
"anda tidak dayus jika memakan hasil titik peluh isteri,tetapi anda Dayus jika membiarkan saja isteri isteri kalian mempertontonkan susuk tubuh badan untuk tatapan umun"


Golongan Isteri Nusyuz

1) PENGERTIAN NUSYUZ
Suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak. Tindakan itulah dikira derhaka.
2) TANDA-TANDA ISTERI NUSYUZ
Di bawah ini dinyatakan beberapa gambaran yang menandakan seorang isteri itu nusyuz :
1. Suami telah menyediakan rumah kediaman yang sesuai dengan keadaan suami, tiba-tiba isteri tidak mahu berpindah ke rumah itu, atau isteri meninggalkan rumah tanpa izin si suami.
2. Apabila suami tinggal di rumah kepunyaan isteri dengan izin isteri, kemudian suatu masa isteri mengusir atau melarang suami memasuki rumah tersebut.
3. Apabila isteri musafir tidak bersama suami ataupun bukan bersama muhramnya (orang yang haram berkahwin dengannya) walaupun perjalanan yang wajib seperti pergi menunaikan ibadat haji, kerana perempuan yang musafir tanpa diiringi suami atau muhrimnya dianggap sudah melakukan satu perkara yang salah (maksiat).
4. Apabila isteri bermuka masam atau pun ia memalingkan muka, bercakap kasar dan sebagainya sedangkan suami berkeadaan lemah lembut, bermanis muka dan sebagainya.
5. Memperlihatkan susuk tubuhnya kepada khalayak Umum hanya untuk bersuka suka untuk menaikan Nafsu Kaum Adam,

Sekirannya tubuh kalian kuat tahan lasak,teruskanlah dengan agenda kalian,sekiranya tidak,kembalilah dengan Alquran dan Sunnah,, dan bertaubatlah,, Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka,,
Saya memesan kepada kalian dan diri saya sendiri,,

PENGURUSAN JENAZAH





KURSUS PENGURUSAN FARDHU KIFAYAH: PENGURUSAN JENAZAH 

TARIKH :
 4/11/2010 ( Khamis )

JANGKA MASA KURSUS:
 8.00pagi hingga 12.00 tgh

OBJEKTIF
1.  Memberi kefahaman dan pengetahuan tentang pengurusan jenazah secara menyeluruh
2. Memberi kemahiran secara amali tentang menguruskan jenazah.
3. Membina kesedaran terhadap pentingnya kewajipan fardhu kifayah kepada murid tahun 6

KANDUNGAN
1. Pengertian Fardhu Kifayah
2. Pengertian Solat Jenazah
3. Pengurusan jenazah dari awal hingga akhir
4. Tatacara solat jenazah

KUMPULAN SASAR
1. Guru tahun 6
2. Murid tahun 6

PENYELARAS:
Ustaz Khairul Anuar Yaakup

SUMBER
Tiada

Insyaallah segala pelajaran hari ini memberi manafaat dan pengetahuan kepada murid tahun 6. 

Wednesday 3 November 2010

Belajar solat jenazah


 Esok amali solat jenazahSolat Jenazah
View more presentations from guest2ed9896.

Bola2



Pelbagai aktiviti untuk murid-murid selepas UPSR. Aktiviti-aktiviti yang dirancang saban tahun adalah untuk mengisi masa murid-murid selepas UPSR. Setiap aktiviti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian dan kemampuan murid. Aktiviti hari ini ialah aktiviti permainan dan pertandingan. Selain itu, aktiviti latihan bagi persiapan persembahan jamuan akhir tahun telah dilaksanakan selepas waktu rehat.
OBJEKTIF
1) Dapat mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah dan berguna.
2) Mewujudkan kemesraan antara murid-murid dan merapatkan lagi hubungan sesama mereka.
3) Memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid tentang cara menguruskan sesuatu majlis.
4) Menambahkan pengalaman dan pengetahuan murid dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.
5) Melahirkan semangat bekerjasama dalam kumpulan dan membentuk jati diri yang utuh dalam kalangan murid-murid.
TEMPOH MASA
8.00 pagi hingga 1.00 tgh
SASARAN
i) Murid-murid Tahun 6 2010
AJK PELAKSANA
i) Penyelaras Tahun 6
ii) Guru-guru Tahun 6
7.30 – 8.00 pagi
Taklimat Aktiviti - Pemilihan pasukan untuk permainan
8.00 – 10.00 pagi
Permainan bola sepak dan bola jaring
10.30 – 1.00 tgh
Latihan persiapan jamuan akhir tahun.
Seronok bila kawan-kawan dapat membantu menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan.
Alhamdulillah , semuanya dengan izin Allah.

Tuesday 2 November 2010

Penjara Mesir




 Syed Qutb dalam penjara Mesir

  1. Latar Belakang Keluarga
    Nama Syed Qutb ialah Ibrahim al-Syazili. Beliau dilahirkan pada 9 Oktober 1906 di sebuah kampung di wilayah Assyut, Mesir. Beliau mendapat didikan awal di rumah daripada kedua ibu bapanya yang kuat beragama. Sewaktu berusia 6 tahun, beliau dihantar ke sekolah rendah di kampungnya. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau mula menghafal al-Quran. Sewaktu usianya 10 tahun, beliau telah berjaya menghafalnya.

  1. Kehidupan Awal di Kaherah
    Sewaktu berusia 15 tahun, Syed Qutb mulai berhijrah ke kota Kaherah. Di sini beliau telah memasuki Sekolah Perguruan Abdul Aziz. Setelah menamatkan pengajian, beliau segera bertugas mengajar di sebuah sekolah rendah. Walaupun hatinya memberontak untuk meneruskan pengajian, namun beliau terpaksa memendamkan hasrat hatinya kerana terpaksa menyara hidup keluarganya, lantaran bapanya telah meninggal dunia semasa Syed Qutb sedang menuntut di sekolah perguruan.

    Pada tahun 1928, sewaktu berusia 22 tahun, Syed Qutb menyambung semula pengajiannya. Beliau memasuki sekolah persediaan untuk memasuki Darul Ulum, Universiti Kaherah. Pada tahun 1930 beliau diterima memasuki Darul Ulum mengikuti pengajian Bahasa Arab dan Ulum al-Syari'ah.

    Setelah menamatkan pengajian di Darul Ulum, beliau bertugas sebagai Nazir di Kementerian Pendidikan Mesir. Sebagai seorang pegawai kerajaan, beliau serius dalam menjalankan tugasnya. Beliau merancang berbagai pembaharuan di Kementerian Pendidikan. Oleh itu beliau melakukan kajian demi kajian serta mengemukakan cadangan tanpa menghiraukan risikonya. Selain daripada terlibat dalam bidang pendidikan, beliau juga berminat dengan politik dan dunia penulisan. Beberapa pandangan politiknya yang tidak selari dengan polisi kerajaan telah dimuatkan di dalam beberapa majalah. Ini menimbulkan kemarahan Menteri Pelajaran Mesir, yang mengarahkan Syed Qutb dihantar "berkursus" di Amerika Syarikat. Sementara dalam bidang penulisan, pada peringkat awalnya beliau lebih berminat dengan bidang kesusasteraan sehingga menjadi salah seorang sasterawan Mesir yang terkenal. Bagaimanapun, semenjak awal dekad 1940an, satu era baru telah bermula dalam kehidupan Syed Qutb. Era ini boleh dikatakan sebagai era kesedarannya kembali kepada Islam. Namun pada peringkat ini, beliau masih bergerak secara peribadi dalam usahanya menegakkan nilai-nilai Islam. Di dalam penulisan, beliau mula menulis suatu rencana bersiri, kemudian dibukukan dengan tajuk "At-Taswir Fanni Fil Qur'an" pada tahun 1939. Tulisan ini mengupas keindahan dan kesenian yang terdapat di dalam ayat-ayat al-Qur'an. Pada tahun 1945, beliau menulis sebuah buku bertajuk "Masyahidul Qiamah Fil Qur'an". Kedua-dua penulisan itu telah menemukan semula dirinya dengan didikan asas agama oleh kedua orang tuanya sewaktu kecil dahulu.

    Seterusnya pada tahun 1948, Syed Qutb telah menghasilkan sebuah buku kemasyarakatan Islam berjudul "Al-Adalah Al-Ijtima'iyyah Fil Islam". Menerusi buku ini, Syed Qutb menyatakan dengan jelas bahawa keadilan masyarakat sejati hanya akan tercapai apabila melaksanakan sistem Islam.

  1. Syed Qutb Bersama Ikhwan Al-Muslimin
    Peringkat terakhir daripada perjalanan hidup Syed Qutb bermula dari tahun 1951, tahun penyertaannya ke dalam jama'ah Ikhwan al-Muslimin, sehingga ke tahun kesyahidannya pada tahun 1966. Bagi Syed Qutb, tempoh itu sangat penting baginya. Beliau sendiri menganggap tahun 1951 sebagai tahun kelahirannya semula.

    Syed Qutb menyertai jamaah Ikhwan al-Muslimin, dua tahun sesudah kematian pengasasnya Imam al-Syahid Hassan al-Banna pada tahun 1949. Mereka berdua tidak pernah bertemu walaupun dilahirkan pada tahun yang sama iaitu 1906, dan dididik di tempat yang sama, di Darul Ulum. Namun di antara mereka mempunyai kesatuan jiwa dan wahdatul-fikr. Bagi Hassan al-Banna setelah membaca buku "Al-'Adalah Al-Ijtima'iyyah Fil Islam", karangan Syed Qutb, beliau menganggap pengarangnya (Syed Qutb) adalah sebahagian daripada kita (al-Ikhwan). Seterusnya Imam al-Banna telah menyakinkan para pemuda Ikhwan bahawa "orang ini" (Syed Qutb) akan menyertai al-Ikhwan tidak lama lagi.

    Syed Qutb juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Hassan al-Banna. Malah kematian al-Banna sangat terasa kepadanya walaupun beliau belum pernah bersama dengan al-Banna. Berita kematian al-Banna diterimanya dengan perasaan tragis sewaktu berada di sebuah hospital di Amerika Syarikat. Berbeza dengan sikap orang-orang Amerika yang bergembira dan bagaikan berpesta menyambut berita tersebut.

    Sekembalinya dari Amerika Syarikat, Syed Qutb terus mengkaji kehidupan al-Banna dan membaca seluruh risalah karangannya. Beliau akhir menemui suatu "kebenaran" yang wajib diperjuangkan. Seterusnya beliau berjanji dengan Allah untuk memikul amanah perjuangan Hassan al-Banna.

    Oleh itu, pada tahun 1951 Syed Qutb dengan rasminya menyertai Ikhwan al-Muslimin. Pada tahun 1952, beliau dipilih menganggotai Maktab Irsyad dan dilantik mengetuai Lujnah Dakwah. Selepas peninggalan al-Banna, Ikhwan masih bertenaga kerana memperolehi saf kepimpinan yang berwibawa untuk meneruskan kepimpinan. Mereka adalah Hasan Hudhaibi sebagai Mursyidul Am, Abdul Qadir Audah sebagai Setiausaha Agung dan Syed Qutb sendiri yang mengetuai Lujnah Dakwah, dianggap sebagai "ideolog" kepada Ikhwan al-Muslimin.

  1. Sepanjang tempoh memimpin Lujnah Dakwah, Syed Qutb telah menghasilkan beberapa karya yang berasaskan dakwah dan pemikiran Aqidah Islam. Antaranya:
    • Hadha al-Din

    • Al-Mustaqbal li hadha al-Din

    • Khasa'is al-Tasawwur al-Islamiyy

    • Maalim fi al-Tariq

    • Tafsir Fi Zilal al-Qur'an

Mesej utama yang ditekankan oleh Syed Qutb di dalam penulisannya ini ialah konsep al-Tauhid dari sudut al-Uluhiyyah. Menurutnya kemuncak kepada Tauhid Uluhiyyah Allah s.w.t. ialah hakNya dari sudut al-Hakimiyyah dan al-Tasyri'. Menurutnya lagi bahawa ikrar Lailaha ilalLah adalah pernyataan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang berkuasa di atas muka bumiNya.
Maka seluruhnya itu mesti dikembalikan kepada hakNya.
Pada bulan Julai 1952, satu peristiwa bersejarah berlaku di Mesir iaitu "Revolusi Julai 1952". Revolusi ini menggulingkan pemerintahan beraja Mesir, dijayakan oleh gerakan "Dubbat al-Ahrar" pimpinan Kolonel Jamal Abdul Naser dengan kerjasama Ikhwan al-Muslimin. Sesudah revolusi, Syed Qutb telah ditawarkan dengan jawatan Menteri Pelajaran Mesir. Syed Qutb terlebih dahulu meminta jaminan daripada pemimpin Majlis Revolusi yang diketuai oleh Jamal Abdul Naser dan Anwar Sadat, bahawa Kerajaan Revolusi Mesir akan melaksanakan pemerintahan berdasarkan syariat Islam. Bagaimanapun mereka menolaknya untuk melaksanakan pemerintahan Islam. Berdasarkan kepada penolakan tersebut, Syed Qutb merasakan perkara tidak baik akan berlaku.

Sejarah membuktikan apa yang dibimbangkan oleh Syed Qutb memang terjadi.

Pada13 Januari 1954, Kerajaan Revolusi Mesir telah mengharamkan Ikhwan Muslimin dan para pimpinannya telah ditangkap di atas tuduhan gerakan Ikhwan sedang merancang hendak menggulingkan kerajaan revolusi, satu tuduhan yang tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Ekoran daripada itu, tujuh orang pimpinan tertingginya dijatuhi hukuman mati, termasuk Hasan Hudhaibi, Abdul Qadir Audah dan Syeikh Mohamad Farghali, ketua sukarelawan Mujahidin Ikhwan al-Muslimin di dalam Perang Suez 1948. Bagaimanapun hukuman terhadap Hasan Hudhaibi dipinda kepada penjara seumur hidup dan Syed Qutb pula dihukum penjara 15 tahun dengan kerja berat. Pada tahun 1964, Syed Qutb telah dibebaskan di atas permintaan peribadi Abdul Salam Arif, Presiden Iraq. Kerajaan Revolusi Mesir bagaimanapun tidak berpuas hati dengan pembebasan tersebut. Apabila Presiden Abdul Salam Arif terkorban dalam satu kemalangan udara, Syed Qutb ditangkap semula pada tahun berikutnya. Tangkapan kedua ini dibuat berdasarkan tuduhan beliau merancang satu rampasan kuasa baru untuk menggulingkan kerajaan. Pertuduhan ke atas Syed Qutb di Mahkamah Revolusi dibuat berdasarkan buku-bukunya terutama Maalim Fi al-Tariq. Ia berdasarkan kenyataannya mengenai seruan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang tidak berdasarkan Syari'at Allah.

Bersama Syed Qutb kali ini, turut juga ditahan ialah seluruh anggota keluarganya. Syed Qutb seorang yang bermaruah. Sebelum hukuman gantung dilaksanakan ke atasnya, Presiden Naser menghantar utusan menemui Syed Qutb. Melalui utusan itu, Presiden Naser meminta agar Syed Qutb menulis kenyataan meminta ampun daripadanya agar Syed Qutb dibebaskan. Namun Syed Qutb dengan tegas menjawab:

"Telunjuk yang bersyahadah setiap kali bersolat bahawa Tiada AIlah yang disembah dengan sesungguhnya melainkan Allah dan Muhamad Rasulullah, tidak akan aku menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana benar aku reda. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan".

  1. Kematiannya
    Pada pagi Isnin, 29 Ogos 1966, Syed Qutb telah digantung sampai mati bersama-sama sahabat seperjuangannya, Mohamad Yusuf Hawwash dan Abdul Fatah Ismail. Berita hukuman mati yang dilaksanakan ke atas Syed Qutb telah mengejutkan Dunia Islam. Kebanyakan tokoh dan pimpinan umat Islam sedih dan kecewa dengan peristiwa tersebut.

Saturday 30 October 2010

BERSYUKUR DAN BERSABAR


Firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya;

“Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”

Kebiasaan jika ada yang minta khidmat nasihat atau pandangan dari saya, akhir sekali yang akan keluar ialah perkataan sabar.
Eh! Senang lah ustaz cakap, saya yang alami masalah cuba ustaz berada di tempat saya. Apa yang akan ustaz rasa.....  Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat. Memang susah tapi Insyaallah boleh dilaksanakan......

Sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan.Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas, nampak lebih senang dan mudah kerana hati manusia berada dalam keadaan tenang dan gembira; tidak ada tekanan atau penderitaan.

Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya. Kenapakah Allah ada berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya:

“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)


Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan ‘Alhamdulillah’. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.

Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.

Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya. Bekorban masa, tenaga dan mungkin juga duit bagi guru adalah pekara biasa tapi niat jangan lari selain ibadah kepada Allah kalau lari sia-sia semuanya. Allah akan menghisab setiap apa yang kita lakukan walau sebesar zarah sekali pun.

Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaan-Nya.

Firman Allah :

Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Syukur seperti inilah yang Allah suka dan yang Allah mahu. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk ‘cover’ balik apa yang dikorbankan ke jalan Allah itu.

Justeru itu, kita dapati dalam bersyukur itu ada tugas, ada kerja dan ada tanggungjawabnya iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah kurniakan itu ke jalan Allah. Nikmat Allah itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan pada jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allah itu kepada jalan yang sia-sia atau lebih berat lagi kepada jalan maksiat. Kalau ini berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allah.

Bila sebut tentang sabar pula saya anggap apa yang dicatat ini sebenarnya untuk diri saya sendiri sebab bukan mudah nak sabar. Walaupun dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.

Marilah kita berfikir tentang bersyukur dan bersabar semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan petunjuk kepada kita semua.

Friday 29 October 2010

Matan Arbain Imam Nawawi

Hadith Keenam
Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.

Thursday 28 October 2010

Bersara

Hari ini mesyuarat bagi majlis persaraan Tn. Hj Mohd Yasak B. Roslan telah diadakan di bilik PPSMI/ Mesyuarat SKBT. Diharap apa yang dibincangkan dapat dijalankan dengan jayanya. Maklum saja pesaraan adalah merupakan satu pengalaman yang dinanti-nantikan, bukan bermakna persaraan ini adalah noktah akhir untuk bekerja tetapi ianya merupakan satu perubahan rutin yang akan dilalui bagi setiap insan yang bergelar guru. Mari kita imbas saat bersama Tn. Hj Mohd Yasak B. Roslan mudah-mudahan jadi motivasi kepada kita semua.
   
Harum semerbak si bunga melur,
Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak pantun mesra dihulur,
Setulus ingatan mengimbau kenangan.

Alangkah dinginnya menjelang senja,
Mentari terbenam diufuk barat,
Doaku ikhlas untukmu sahaja,
Bahagia di dunia hingga akhirat.

Monday 25 October 2010

LDP Akhir





Latihan Dalam Perkhidmatan (Sabtu) 23/10/2010 berlangsung dengan jayanya. LDP kali ini telah disampaikan oleh Cik Noraida Abdullah dan Pn. Norhaida Rashid serta  ceramah permakanan sihat dari penceramah jemputan.

Didik Hibur

Cik Noraida telah mendedahkan dengan pelbagai elemen didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa antara lain termasuklah santai, kelakar dan lucu, seronok dan gembira, berani mencuba, tidak takutkan guru dan kurang stress. Didik hibur dalam kelas bukannya suatu perkara baharu malah pendekatan ini telah lama digunakan oleh guru sejak dahulu. Namun dalam perkembangan dunia pendidikan kini, pendekataan tersebut dijenamakan semula dalam sukatan pelajaran yang baharu kerana pendekatan seperti itu sudah semakin dilupakan selain dapat memberikan impak yang lebih baik terhadap pembelajaran bahasa. Tambahan pula dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu, penggunaan elemen didik hibur dalam kelas akan menjadikan pelajar lebih ceria, seronok, gembira dan jika dirancang dan dilaksanakan dengan baik akan menjadikan pembelajaran bahasa lebih berkesan. Peserta didedahkan dengan penggunaan teknik nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Peserta juga berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti becerita berpandukan gambar yang ditayangkan. Keseluruhan peserta sangat gembira menghadiri kursus ini dan mengakui bahawa keyakinan dan semangat untuk menggunakan elemen didik hibur dalam pengajaran dan pebelajaran bahasa semakin meningkat.

Tulisan Mekanis

Peserta juga didedahkan dengan tulisan mekanis yang perlu diajar dengan kaedah yang betul kepada kanak-kanak. Biasanya setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa. Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid- murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis peserta  diminta membentuk huruf-huruf pada kertas yang diberikan. Seronok juga aktiviti ini, dapat juga mengajar anak di rumah dengan kaedah penulisan yang betul.

Bahasa Inggeris Prasekolah

Mengajar Komponen Bahasa khususnya Bahasa Inggeris amat mencabar bagi guru prasekolah. Maklumlah bukan semua boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Terutamanya saya tapi apa-apa pun sebagai seorang guru, cabaran sebegini perlu disahut dengan fikiran yang positif. Ternyata penyampaian Pn Norhaida dalam pembentangan hasil dari kursus bahasa inggeris prasekolah yang dihadiri amat baik dan mampu memberikan sesuatu ilmu dalam kaedah pengajaran bahasa inggeris prasekolah. Peserta memberikan kerjasama yang baik dalam setiap aktiviti yang dijalankan. (This is a small ball ) dan aktiviti membaling pundi kacang akan menjadi kenangan kepada peserta.

Pemakanan Sihat

Ceramah yang telah disampaikan mampu memberikan kesedaran kepada peserta bahawa kebanyakkan penyakit itu berpunca daripada pemakanan.
Jika dahulu penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi dikaitkan sebagai penyakit orang kaya kerana kemampuan mereka untuk bermewah dengan makanan tetapi hari ini anggapan itu tidak boleh dipakai sepenuhnya. Pemakanan yang berlebihan daripada keperluan dan pengambilan makanan suplemen yang tidak betul juga antara penyumbang kepada penyakit-penyakit tersebut. Semua lapisan masyarakat, tidak mengenal usia, bangsa, kaya atau miskin turut menghidap penyakit-penyakit kronik itu hari ini.
Sementara itu jumlah penghidapnya kian meningkat terutama penyakit jantung koronari yang menjadi punca kematian nombor satu di Malaysia. Corak pemakanan yang tidak seimbang, pekerjaan tanpa banyak pergerakan dan faktor keturunan turut menjadi penyumbang kepada penyakit-penyakit kronik yang boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dan dikawal.

Wednesday 20 October 2010

Calon Pengawas 2011



20/10/2010 (Rabu)
Pihak sekolah telah menjalankan sesi temuduga untuk memilih pengawas sekolah. Pemilihan ini berdasarkan minat, pencapaian akademik dan sahsiah seseorang murid untuk menjadi pengawas sekolah. Tanggungjawab sebagai pengawas agak besar dan hanya murid-murid yang layak sahaja akan dipilih.

Selain itu, pemilihan murid-murid juga mesti disokong oleh guru kelas. Jika guru kelas mendapati murid-murid tersebut tidak menyiapkan kerja sekolah atau selalu melanggar disiplin sekolah, mereka tidak akan dipilih sebagai pengawas. Ada beberapa orang murid yang telah dilantik sebagai pengawas pada tahun ini tidak dilantik lagi pada tahun hadapan kerana tidak menunjukkan kelakuan yang baik sebagai pengawas.
Pada hari ini satu temuduga dan ujian bakat telah diadakan bagi mengenal pasti murid-murid yang akan dilantik sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber bagi tahun 2011. Ujian ini amat penting disebabkan kemerosotan disiplin dan kurangnya penyertaan murid-murid dalam aktiviti yang dianjurkan oleh panitia-panitia mata pelajaran di sekolah. Hasil yang didapati biasanya tidak berkualiti, namun terpaksa diberi hadiah disebabkan bilangan penyertaan yang terlalu sedikit.
Apa yang diharapkan dengan adanya perkembangan bakat seperti ini mampu menimbulkan semangat ingin bersaing di kalangan murid. Seterusnya menjadikan badan pengawas SKBT sebagai jentera pengerak disiplin dan kemajuan sekolah.
Sepanjang dua minggu ini, pengawas-pengawas percubaan akan melaksanakan tugas mereka. Jika mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik, mereka tidak akan dilantik sebagai pengawas.

Tuesday 19 October 2010

Tomyam



MASAKAN
Program Memasak Murid Tahun 6
Aktiviti memasak ini adalah merupakan salah satu program yang dirancang selepas UPSR . Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada murid-murid tentang kemahiran memasak yang akan dipelajari di sekolah menengah dalam mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu. Murid-murid telah dibahagikan kepada 8 kumpulan dan dibimbing oleh beberapa orang guru. Setiap murid telah diberi tugasan awal seperti perancangan menu, bahan-bahan dan alatan yang perlu dibawa.
  1. Perancangan Menu
    1. Maksud
      • satu senarai bahan lengkap untuk memasak tomyam 
    2. Tujuan merancang menu
                                                        i.            Menyediakan bahan dan alatan yang diperlukan
                                                      ii.            Menjimatkan masa, tenaga dan bahan
                                                    iii.            Menyediakan sajian yang enak, menarik dan berkhasiat
                                                     iv.            Menyediakan sajian yang menepati anggaran belanjawan
    1. Faktor penentu Menu
                                                         .            Tujuan sajian – untuk majlis jamuan
                                                        i.            Kegemaran - tentukan jenis menu yang digemari atau yang dipesan. Kenal pasti pelanggan
                                                      ii.            Kepelbagaian - hidangan mengandungi variasi dari segi kaedah memasak, bahan yang digunakan ,menarik dan rasa yang enak.
                                                    iii.            Kemudahan fizikal - bergantung kepada peralatan dan kemudahan yang ada.
                                                     iv.            Keperluan - bergantung kepada keperluan , keadaan fizikal dan kesihatan murid.
                                                       v.            Sumber tenaga dan masa - makanan dapat disiapkan dengan sempurna seperti yang dirancang dalam masa yang singkat
                                                     vi.            Bilangan peserta – lima orang dalam setiap kumpulan harus diketahui lebih awal mengelakkan makanan yang tidak mencukupi atau mengelakkan pembaziran
                                                   vii.            Perbelanjaan - menu yang dipilih adalah berdasarkan bahan yang murah dan menjimatkan.
                                                 viii.            Sumber makanan - boleh didapati dengan mudah , segar dan berkualiti


Cara memasak dan menyediakan makanan
Guru setiap kumpulan telah dilantik sebagai pembimbing dan murid dikehendaki mengikut setiap arahan guru semasa aktiviti memasak.

  1. Menyedia dan Penyajian Hidangan

    1. Hidangan lengkap
                                                         .            Maksudnya ialah hidangan yang telah siap untuk dimakan oleh setiap orang di dalam kumpulan. Hidangan tersebut mestilah seimbang yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh
                                                        i.            Ciri-ciri hidangan sepinggan lengkap
        1. Mudah
        2. Ringkas
        3. Berkhasiat
        4. Cepat disediakan
Semoga aktiviti memasak ini dapat memberi manafaat dan pengalaman kepada murid-murid tahun 6. Ada juga dikalangan murid yang terpaksa hidup berdikari selama ini kerana ibunya sakit, mungkin aktiviti ini besar maknanya kepada mereka tanpa kita sedari.
Bercerita tentang memasak adalah merupakan satu hal yang saya minati, bermula dari tingkatan 1 lagi saya telah memasak dan menguruskan diri sendiri tanpa bantuan dari keluarga. Pengalaman ini bermula semasa saya belajar di sebuah Sekolah Arab di Kedah di mana setiap pelajar memasak makanan sendiri. Walaupun masakan tidak seenak mana, tapi cukuplah untuk alas perut bagi seorang pelajar.
Rasulullah SAW bersabda, orang yang paling disukai Allah di antara kamu adalah orang yang paling sedikit makannya dan paling ringan badannya” (Riwayat Ad-Dailami melalui Ibnu Abbas r.a.)

"Apabila seseorang sedikit makan, maka perutnya dipenuhi cahaya.(Riwayat Ad-Dailami melalui Abu Hurairah r.a.). Dalam satu hadith disebut “Apa yang saya lebih bimbang terhadap umat saya, ialah besar perut, banyak tidur, malas, dan kelemahan keyakinan”. Besar perut, bermaksud, banyak makan, kemewahan. Mereka yang banyak makan, akan membesarkan perut, ia akan mewarisi kelembapan, kurang cergas.

1. Jangan makan atau minum terlalu panas.

2. Dinginkanlah makanan kamu (sebelum dimakan), nescaya makanan itu diberkati (Riwayat Ibnu Addi).

3. Nabi SAW melarang memakan makanan yang masih panas kecuali panasnya telah reda (Riwayat Thabrani)

4. Nabi SAW melarang meniup-niup makanan dan minuman (Riwayat Ibnu Abbas)
Guru Besar telah menyampaikan kepada semua murid semasa perhimpunan tentang waktu makan, sebaik-baiknya jangan lewat hingga melepasi waktu maghrib (6.30 -7.00) dan banyak minum air masak. Ingat lagi tak.........