Thursday 11 November 2010

Keputusan UPSR

SYUKUR DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU DAN MURID TAHUN 6


Peratus lulus semua mata pelajaran ialah 71.8%. Demikianlah keputusan Peperiksaan UPSR yang telah diumumkan oleh Pn. Rogayah Bt. Mohamed Said Guru Besar SK Bukit Tembakau.
Syukur Alhamdulillah, kerana peningkatan ini melebihi sasaran target. Bagi yang berjaya memperolehi 5A perlu bersyukur kerana usaha anda nampak berjaya, TETAPI tidak semesti kejayaan ini mampu dikekalkan sekiranya, usaha dan semangat yang ada tidak dipertingkatkan. Keselesaan sering menjadikan kita lupa daratan. Sebesar-besar Kapal Titanic boleh tenggelam kerana sikap kapten kapal yang enggan menerima nasihat anak buahnya untuk melakukan pembaikian dan penambahbaikan. Akhirnya tenggelam.

Begitu juga anak-anak yang berjaya mendapat 5A, 4A dan dan yang seterusnya, ingatlah ini baru langkah pertama. Banyak lagi langkah-langkah yang perlu di tempoh dalam perjuangan untuk mencapai kejayaan. Yang pentingnya kenalpasti di mana lagi kelemahan dan kesilapan yang boleh diperbaiki lagi. Kuatkan usaha anda, dekati Allah dengan doa restu dan kerja kuat lagi. Mudah-mudahan kejayaan akan sentiasa menjadi milik kita. Manakala anak-anak yang tidak dapat 5A jangan putus asa. Kata orang puteh; “Failure is a success, if you can learn from it.” Kegagalan itulah kejayaan sebenarnya jika kita cuba belajar, buat refleksi, dan melakukan penambahbaikan usaha dan cara, fokus kita terhadap kelemahan dan dapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada guru dan rakan yang mampu membimbing kita. Dunia belum kiamat lagi. Masa masih ada untuk memperbetul dan memperbaiki kelemahan kita. Cuba lagi semasa di sekolah menengah nanti.

Orang yang cerdik belajar daripada kegagalan. Dare to fail.Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi pelangi. Macam pagi tadi kita semua tertunggu-tunggu guru besar dalam keadaan hujan lebat. Rupanya guru besar memandu dalam keadaan hujan lebat untuk bawa balik keputusan upsr. Alhamdulillah, hujan rahmat kepada semua warga sk.

Tahniah kepada semua.............

No comments:

Post a Comment