Thursday, 4 November 2010

Suami Dayus @ Di Sihir

Suami Dayus Dan Isteri Nusyuz


Pertama Maafkan saya jika tulisan saya ini membuat pembaca marah atau tidak senang dengan kata kata saya ini, tapi sebagai saudara sesama Islam, saya bersuara demi memelihara Agama Islam yang Indah lagi Suci. Maafkan Saya..

Saya melihat sudah menjadi "trend" "suami dayus isteri Nusyuz"
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
Hadith Nabi SAW
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

Dalam Hadith Nabi SAW
"Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat wajahnya
Orang yang derhaka kepada ibu bapa,si perempuan meyerupai laki laki dan lelaki dayus"

Disini Jelas lagi nyata Bukan Syurga saja yang tidak dapat dimasuki malah Allah tidak ingin melihat wajah lelaki Dayus, Saya masih hairan Warning dari Allah tapi kalian masih berbangga isteri isteri kalian menggayakan aksi aksi berahi serta membenarkan isteri bersama lelaki lain, kalian sebagai Suami hanya bertindak "on" sahaja. Jangan lah terlalu moden sehingga menjadi dayus.
Apakah kalian "suami" tidak mempunyai rasa malu melihat isteri kalian "sedemikian rupa"

Memang betul kata kata Syeiks Al Imran Al Latif
"anda tidak dayus jika memakan hasil titik peluh isteri,tetapi anda Dayus jika membiarkan saja isteri isteri kalian mempertontonkan susuk tubuh badan untuk tatapan umun"


Golongan Isteri Nusyuz

1) PENGERTIAN NUSYUZ
Suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak. Tindakan itulah dikira derhaka.
2) TANDA-TANDA ISTERI NUSYUZ
Di bawah ini dinyatakan beberapa gambaran yang menandakan seorang isteri itu nusyuz :
1. Suami telah menyediakan rumah kediaman yang sesuai dengan keadaan suami, tiba-tiba isteri tidak mahu berpindah ke rumah itu, atau isteri meninggalkan rumah tanpa izin si suami.
2. Apabila suami tinggal di rumah kepunyaan isteri dengan izin isteri, kemudian suatu masa isteri mengusir atau melarang suami memasuki rumah tersebut.
3. Apabila isteri musafir tidak bersama suami ataupun bukan bersama muhramnya (orang yang haram berkahwin dengannya) walaupun perjalanan yang wajib seperti pergi menunaikan ibadat haji, kerana perempuan yang musafir tanpa diiringi suami atau muhrimnya dianggap sudah melakukan satu perkara yang salah (maksiat).
4. Apabila isteri bermuka masam atau pun ia memalingkan muka, bercakap kasar dan sebagainya sedangkan suami berkeadaan lemah lembut, bermanis muka dan sebagainya.
5. Memperlihatkan susuk tubuhnya kepada khalayak Umum hanya untuk bersuka suka untuk menaikan Nafsu Kaum Adam,

Sekirannya tubuh kalian kuat tahan lasak,teruskanlah dengan agenda kalian,sekiranya tidak,kembalilah dengan Alquran dan Sunnah,, dan bertaubatlah,, Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka,,
Saya memesan kepada kalian dan diri saya sendiri,,

No comments:

Post a Comment