Sunday, 7 November 2010

Seronoknya Bercuti

Cuti sekolah memang seronok, lebih-lebih lagi dapat berkumpul bersama adik-beradik. Acara rutin bulanan kami sekeluarga berkumpul membaca yassin dan solat berjamaah. Alhamdulillah acara kali ini berjalan dengan lancar, setelah selesai membaca yassin dan solat kami menjamu selera . Istemewa hidangan kali ini ialah ayam dan kambing bakar.Berkumpul dan berbincang hal keluarga memang telah kami amalkan sejak ayah tercinta meninggal 10 tahun lalu, alhamdulillah setakat ini kami sekeluarga bersatu hati dalam hal berkaitan adik-beradik. Sebagai anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Mudahan saya dapat terus menemani ibu tercinta hingga ke akhir hayatnya, Insyaallah.

No comments:

Post a Comment