ERRA turut menjadikan kemestian untuk Aleesya bersalam dan berkawan dengan seisi keluarga.
Musim raya patut dimanfaatkan erat ukhuwah, silaturahim
AIDILFITRI, diraikan penuh meriah dengan amalan kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara, rakan dan taulan untuk saling bermaafan. Namun, amalan turun temurun itu semakin hari dilihat kian terhakis, generasi muda terutama di kota lebih gemar memerap di rumah atau bersiar-siar di pusat beli-belah. Pelakon, Erra Fazira menceritakan pengalamannya menyambut lebaran kepada wartawan Edisi Mingguan, ZAIDI MOHAMAD.

Erra mungkin mengenali hampir semua anggota keluarga dan waris, atas faktor selebriti anda atau dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan hubungan dan silaturahim. Pahit diakui, generasi sekarang hampir tidak mengenali saudara mara, termasuk sepupu sendiri.
Ia sesuatu yang amat merugikan, bukan saja kepada individu itu sendiri malah hingga ke generasi seterusnya. Jika anak leka, maka ibu bapalah yang menegur. Jika ibu bapa pun mengabaikan hal ini, saudara mara lain berhak dan mempunyai kuasa untuk bersuara demi menyatukan ikatan kekeluargaan. Alhamdulillah, saya agak rapat dengan keluarga dan saudara mara di kedua-dua belah ibu bapa saya.
Saya dididik untuk sentiasa bersama keluarga dan manfaatkan hari raya setahun sekali ini sebaik-baiknya untuk mengeratkan lagi silaturahim. Sekarang, saya ingin menyampaikan amanah ini kepada anak saya pula. Saya harap ia akan terus berpanjangan.
Anak-anak dewasa ini jarang mahu mengikut ibu bapa berkunjung atau menziarah rumah saudara mara atas alasan tidak kenal selain bosan. Apa pendapat Erra. Sudah menjadi kebiasaan apabila anak meningkat remaja serta dewasa, mereka mempunyai pandangan dan perancangan tersendiri. Tetapi, sekiranya ibu bapa dan orang sekeliling sudah menerapkan erti raya kepada anak-anak seawalnya, di samping menunjukkan contoh dan teladan yang baik, saya pasti anak-anak akan sedar tanggungjawab dan akur pada rutin yang sudah dipupuk sedari kecil.

Apa usaha yang boleh diambil untuk mengumpulkan semua anggota keluarga. Bagaimana pula dengan kemudahan seperti Facebook atau Twitter yang kini lebih menjadi pilihan sebagai medium untuk berinteraksi.
Seperti pandangan saya di atas, amalan kunjung mengunjung ini menjadi tanggungjawab semua orang dalam komuniti itu sendiri untuk terus menghidupkannya. Ikatan kemesraan yang rapat, memberi contoh baik kepada yang muda, rutin diperkasakan hingga menjadi budaya, membuat agenda kekeluargaan, sentiasa ingat mengingati dan tegur menegur jika ada ahli yang semakin jauh tersasar melupakan ukhuwah sesama kita.
Kecanggihan teknologi dapat membantu untuk berinteraksi dan dianggap sebagai nilai tambah, tapi setinggi mana pun teknologi itu, sentuhan tangan dan kehadiran secara nyata masih sangat penting dan harus dikekalkan.
Bagaimana Erra hendak mendidik puteri kesayangan, Aleesya mengenai kasih sayang dan perlunya menjalin hubungan rapat dalam keluarga?
Mungkin Aleesya masih terlalu kecil untuk mengerti situasi sebegini tetapi saya harus pupuk menggunakan pendekatan bersesuaian dengan usianya. Seawalnya, saya dan suami banyak memberi contoh dengan mengunjungi ibu dan mentua setiap hujung minggu sambil menerangkan kepentingan berbuat demikian.
Saya perkenalkan salasilah keluarga kami kepadanya. Saya turut menjadikan kemestian untuk Aleesya bersalam dan berkawan dengan seisi keluarga serta saudara mara.
Harap-harap ini menjadi satu permulaan yang baik dalam mendidik Aleesya dalam perkara ini.
No comments:
Post a Comment