Saturday 25 September 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan

PhotobucketPhotobucket
Pada 25 Sept 2010, SKBT telah mengadakan LDP . Kali ini kursus yang dilaksanakan adalah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran kaedah Masteri dan Konstruktivisme. Seperti yang telah diketahui, kurikulum adalah satu agenda utama dalam sesuatu sistem pendidikan. Urusan utama /"core bussiness" sesuatu organisasi pendidikan ialah memastikan perlaksanaan kurikulum berjalan dengan sistematik. Nadi perlaksanaan sistem kurikulum adalah panitia matapelajaran. Guru Besar seringkali menyebutkan pengajaran guru-guru mestilah mantap. Ceramah pada kali ini telah disampaikan oleh Pn. Aslinda dan Pn. Nur Akma. Hasil daripada pembentangan ini guru-guru telah mendapat input yang baik dan mengadakan perbincangan yang berfokus ke arah pengajaran yang terbaik dalam mendidik murid-murid.

Di antara aktiviti yang dijalankan semasa kursus ini adalah:

1. Taklimat daripada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, GPK HEM dan GPK kokurikulum.
2. Ceramah kadeah pengajaran Masteri dan Konstruktivisme
3. Membuat perancangan stretigik 2011.



PEMBELAJARAN MASTERI
•Pelopor pembelajaran masteri: Benjamin Bloom dan diubahsuai oleh Block
•‘Masteri’ bermaksud: mencapai kemahiran seperti dalam objektif pembelajaran dengan memperoleh skor 80% ke atas dalam penilaian/ujian
•Ciri-ciri pembelajaran masteri:
•Guru memecahkan unit pembelajaran kepada tajuk-tajuk kecil
•Tiap-tiap tajuk kecil ada objektif khusus
•Guru beritahu pelajar tiap-tiap objektif yang hendak dicapai
•Guru tentukan kriteria untuk mencapai objektif
•Pelajar yang tidak mencapai skor minimum atau tidak berpuas hati dengan skor diperolehi, boleh mengulang semula tajuk kecil tersebut sebelum beralih kepada tajuk lain
•Berasaskan pelajar dan kumpulan, boleh berbentuk individu atau pelajar belajar sendiri
•Aplikasi:
•Peranan guru adalah sebagai pembimbing
•Guru boleh atur supaya pelajar dapat bantuan daripada rakan sebaya sesama kelas atau ahli-ahli lain kumpulan
•Guru boleh mengadakan ujian menguji kefahaman pelajar
•Pelajar yang telah mencapai tahap minimum boleh diberi aktiviti pengayaan

KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK

Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimentasi di samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri.

Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang.

Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.


KESIMPULAN

Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep.

Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui sebelum ini.

Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran secara konstruktivisme dan koperatif. Selain daripada itu, guru juga harus bersedia dengan pelbagai kaedah pengajaran supaya dapat membuka minda kanak-kanak tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment