Wednesday 15 September 2010

IBADAT : SOLAT SUNAT HAJAT

  • Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya  pada niat
  • Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian
  • Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah
       ( cara paling ringkas) ialah :

  1. Lafaz Niat  Solat Hajat :
اصلي سنة  الحاجة  ركعتين   لله  تعالي                                      
Maksudnya :  Sahaja aku Solat Sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala
Bilangan Rakaat :
  1. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram  :
    1. Baca doa iftitah
    2. Baca Al Fatihah
    3. Baca Surah Al Kafirun  1 kali 
    4. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
  2. Pada  Rakaat Kedua
    1. Baca Al Fatihah
    2. Baca Surah Al Ikhlas
    3. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
    4. Membaca Tahiyat  Akhir
  3. Memberi Salam
  4. Berdoa selepas memberi salam :
    1. Mulai doa  dengan lafaz  memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
    2. Setelah itu pohonlah  hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing  seperti  memohon kejayaan  cemerlang dalam peperiksaan, Dijauhkan dari maksiat dll

:  Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika  sujud  terakhir
                             tetapi berdoa di dalam hati sahaja  ( tidak boleh dilafazkan krn          
                             masih lagi berada  di dalam solat- batal solat jika melafazkannya )

                           : Hajat Juga boleh dipohon  di luar solat iaitu dalam sujud selepas   
                             memberi  salam ( boleh melafazkannya krn  telah keluar dari solat)

No comments:

Post a Comment