Friday 24 September 2010

Sambutan Hari Raya


SKBT telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan majlis perpisahan guru-guru pelatih pada 24 Sept 2010 yang lalu bersamaan hari Jumaat. Majlis ini telah diadakan secara sederhana namun meriah ditambah dengan pelbagai juadah dan kueh-mueh yang disediakan oleh warga SKBT. Sambutan Hari Raya ini diceriakan lagi dengan ucapan GPK 1, Tn Hj Mohd Yasak B Roslan dan juga persembahan nyanyian lagu raya oleh guru SKBT. Saya selaku penyelaras program sambutan mengucapkan terima kasih kepada semua warga SKBT atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.
 Kita harus bersyukur kepada Tuhan kerana kita dapat merayakan majlis ini secara aman dan damai serta juadah yang banyak tidak seperti sesetengah negara lain yang ditimpa bencana dan bermacam-macam kesusahan. Semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan dan kemesraan di kalangan warga sekolah ini.

Udara dingin hening pagi
Kicauan burung memulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Mari bersama menyucikan diri.

Tanpa mengira miskin dan kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-bermaafan dihari mulia.

No comments:

Post a Comment