Thursday 30 September 2010

Dosa Kecil

Dosa ialah amalan yang melanggar hukum Islam, sama ada melakukan apa yang dilarang oleh Allah s.w.t ataupun meninggalkan suruhanNya.
  1. Pengertian Dosa Kecil
                            Dosa kecil merupakan amalan yang melanggar hukum Islam yang larangannya tidak disertai dengan ancaman kemurkaan dan seksaan daripada Allah s.w.t, sebagaimana larangan daripada melakukan pembaziran di dalam surah al-Isra’ ayat 27:
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
Antara contoh dosa-dosa kecil yang perlu kita hindari ialah
    1. Membuang masa

    1. Membuang sampah merata-rata

    1. Melihat perkara-perkara yang haram

    1. Mendengar perkara-perkara yang melalaikan

Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Guru Besar tentang bayaran bil air yang tinggi, marilah kita bersama mengelakkan pembaziran semasa menggunakannya. Amalan berjimat cermat adalah satu amalan yang terpuji dan dapat menjauhkan kita dari melakukan dosa kecil. Oleh itu kita sebagai guru perlu sentiasa mengingatkan murid-murid tentang amalan murni ini.     

No comments:

Post a Comment