Wednesday, 15 September 2010

Lima punca atau langkah-langkah utama bagi memantapkan akhlak Islamiah oleh seseorang pelajar

Adab  Berpakaian  :

Maruah  diri  bermaksud  kehormatan  dan  harga  diri.  Setiap  insan  yang  dilahirkan  ke  muka  bumi  ini  mempunyai  harga  diri.  Sehubungan  itu,  setiap  insan  dan  diri  atau  individu  itu  bertanggungjawab  menjaga  dan  memelihara  maruah  diri  sendiri  supaya  tidak  mudah  diganggu  gugat  oleh  anasir  yang  boleh  merosakkan.  Banyak  cara  yang  boleh  dilakukan  untuk  menjaga  dan  mengekalkan  maruah  diri,  antaranya  ialah  dari  aspek  berpakaian.

Melalui  pakaianlah  setiap  orang  akan  dapat  membezakan  jantina,  suku,  dan    status  kedudukan  sosial  seseorang  itu.  Sebagaimana  yang  kita  lihat  hari  ini,  fungsi  berpakaian  berubah  mengikut  peredaran  masa  dan  zaman.  Kalau  dahulu,  pakaian  itu  adalah  untuk  melindungi  diri  dari  panas  dan  sejuk  atau  sebarang  kecederaan,  tetapi  sekarang  pakaian  lebih  melambangkan  personaliti  seseorang. 

Dahulu  sukar  untuk  kita  temui  pakaian-pakaian  yang  menjolok  mata,  tetapi  dunia  hari  ini,  dengan  lahirnya  pakar-pakar  fesyen  yang  moden,  mereka  tidak  menitikberatkan  soal  agama  apabila  sesuatu  rekaan  baru  dicipta.  Oleh  itu,  dalam  mendidik  anak-anak  atau  generasi  hari  ini,  adab-adab  berpakaian  perlulah  dititikberatakan  kepada  mereka.  Antara  adab-adab  berpakaian  yang  diajarkan  oleh  agama  Islam  ialah:

* Mulakan  menyarung  pakaian  dengan  membaca  bismillah.  Terangkan kepada  anak-anak  dan  murid-murid  di  sekolah  bahawa  membaca  bismillah itu  adalah  perkara  sunat  yang  dituntut  melakukannya  apabila  hendak  memulakan  setiap  amalan  yang  baik.  Dan  nyatakan  juga  kepada  murid  bahawa  setiap  amalan  yang  dimulai  dengan  bismillah  itu  akan  diberikan   balasan  atau  ganjaran  pahala  oleh  Allah  Taala.

* Apabila  menyarung  pakaian  berniatlah  untuk  menjunjung  perintah  Allah.  Yang  mana  antara  perintah-perintah  Allah  ialah  menutup  aurat  dan  bukan   untuk  bermegah-megah  atau  menunjuk-nunjuk  akan  kecantikan  pakaian  yang    dikenakan. 


Ayat  ini  jelas  menunjukkan  bahawa  berpakaian  itu  adalah  salah  satu  dari  cara  seorang  hamba  bersyukur  kepada  Allah  Taala.        
                          Mulakan  dengan  bahagian  kanan  ketika  memakai  pakaian,  dan  bahagian                       kiri  ketika  menanggalkannya.
                         “  Daripada  Aisyah,  katanya  :  Rasulullah  s.a.w  memulai  dengan  kanan  pada            semua  kegiatannya,  pada  bersucinya  dan  pada  hendak  melangkahkan  kakinya  “.

Jika  murid-murid  dapat  merealisasikan  dan  mengamalkan  adab-adab  yang  telah  digariskan  oleh  Islam  pasti  perkara-perkara  yang  tidak  diingini  dapat dielakkan.  Selain  daripada  adab-adab  berpakaian,  murid  juga  harus  diterang  dan  diterapkan  akan  ciri-ciri  pakaian  yang  sesuai  menurut  Islam. 

                         Apabila  adab-adab  dan  ciri-ciri  pakaian  ini  dapat  dipenuhi  maka  antara     hikmah  atau  kebaikan  yang  akan  diperolehi  adalah  seperti  berikut:
* Allah  akan  sentiasa  memberkati  kehidupan  kita  di  dunia  ini.
* Akan  dikurniakan  pahala  kerana  menurut  syariat  Islam.
* Dapat  memelihara  maruah  dan  keperibadian  muslim.
* Dapat  menunaikan  ibadah  dengan  menutup  aurat.
* Disayangi,  disanjungi  dan  disegani  oleh  semua  orang.
* Gejala  sosial  dan  kes-kes  jenayah  dapat  dibendung.
* Melahirkan  masyarakat  yang  sejahtera  dan  bersatu  padu.
* Seterusnya  akan  dapat  mewujudkan  Negara  yang  aman  dan  maju.

Adab  Menjaga  Kesucian  Masjid  Dan  Surau:

Pembinaan  masjid  dan  surau  sangat  perlu  untuk  pengabdian  diri  kepada  Allah  s.w.t  dan  sekaligus  dapat  merapatkan  hubungan  sesama  manusia.  Kepentingan  ini  dapat  kita  lihat  setelah  penghijrahan  Rasulullah  s.a.w  ke  Madinah. 
                       
Berpandukan  ayat  tersebut,  maka  dapat  disimpulkan  bahawa  antara  adab-adab  ketika  berada  di  masjid  dan  surau  adalah  seperti  berikut:

            Ketika  masuk:
* Membuka  kasut  atau  selipar.
* Masuk  dengan  mendahulukan  kaki  kanan  daripada  kaki  kiri.


* Membaca  doa  seperti :
                     اْفتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ  اَللَّهُمَّ
                       Ya Allah ! Bukakanlah bagiku pintu rahmat.
* Mengucapkan  salam  kepada  orang  yang  berada  dalam  masjid  atau  surau.

Apabila  murid-murid  dapat  memahami  akan  adab-adab  apabila  ke  masjid  dan  surau,  mengetahui  akan  peranan  masjid  itu,  maka  akan  lahirlah  hikmah  dan  banyak  kebaikannya.  Antara  kebaikan  atau  hikmah  beradab  apabila  berada  di  dalam  masjid  dan  surau  adalah:

* Dapat  memupuk  persaudaraan  dan  perpaduan
* Dapat  menunaikan  solat  dengan  tenang  dan  khusyuk
* Mendapat  keberkatan  dan  rahmat  Allah  Taala.
* Akan  menarik  perhatian  dan  minat  orang  bukan  Islam  kepada  ajaran  Islam.
* Umat  Islam  akan  dipandang  mulia  dan  disanjung  tinggi.
* Mendapat  balasan  baik  daripada  Allah  s.w.t.



Adab  Membaca  Al-Quran:

Al-Quran  adalah  merupakan  kitab  suci  yang  diturunkan  oleh  Allah  s.w.t  secara   beransur-ansur  melalui  malaikat  Jibril  kepada  Nabi  Muhammad  s.a.w  sebagai  panduan  hidup  manusia  hingga  akhir  zaman.

 Sabda  Rasulullah  s.a.w:  Abu  Amamah  berkata,  aku  mendengar  Rasulullah  s.a.w  bersabda  :  “ bacalah  Al-Quran kerana  pada  hari  kiamat  nanti  akan  datang  memberi  syafaat  kepada  pembacanya   “.  Al-Quran  itu  berbeza  dengan  kitab-kitab  dan  buku-buku  lain. 
            
Oleh  yang  demikian,  peliharalah  Al-Quran  dan  haruslah  beradab  apabila  membaca  dan  menyimpannya.  Antara  adab-adab  yang  perlu  diamalkan  ketika  membaca  Al-Quran  ialah:

           
Apabila  beradab  semasa,  sedang  dan  selepas  membaca  Al-Quran,  pastilah  banyak  kebaikan  dan  hikmahnya.  Antaranya  ialah:

* Mendapat  pahala
* Mendapat  keberkatan  daripada  Allah  s.w.t
* Mendapat  ketenangan  jiwa
* Meningkatkan  keimanan  dan  ketaqwaan  kepada  Allah  s.w.t
* Dapat  menghayati  kandungan  Al-Quran
* Melahirkan  keinsafan  diri
* Dapat  mengikhlaskan  diri  ketika  membaca  Al-Quran.

Sebaliknya  orang  yang  tidak  beradab  ketika  membaca  Al-Quran  akan  memberi  kesan  yang  tidak  baik.  Antaranya  adalah  seperti  berikut:

* Berdosa
* Dimurkai  Allah  s.w.t
* Tidak  dapat  mengambil  pengajaran  daripada  ayat  yang  dibaca
* Tidak  memperolehi  syafaat  Al-Quran  pada  hari  akhirat  kelak.

Maka sama-samalah  berusaha  mendalami  dan  menjadikan  Al-Quran  sebagai  panduan  dan  penyeri  kehidupan  di  dunia  dan  akhirat  Insya Allah…





Adab  Menaiki  Kenderaan:

Kenderaan  adalah  salah  satu  dari  keperluan  manusia  untuk  bergerak  dari  satu tempat  ke  satu  tempat  lain  dan  menguruskan  urusan-urusan  kehidupan  di  dunia  ini.  Justeru  itu,  apabila  manusia  menggunakan  kenderaan,  pastilah  mereka  akan  menggunakan  jalanraya.  Sehubungan  itu,  sebelum  dihuraikan  adab-adab  semasa  menggunakan  jalanraya,  dihuraikan  dahulu  adab-adab  menaiki  kenderaan.

Di  antara  adab-adab  semasa  di  jalan  raya  pula  adalah:
* Sabar  dan  bertolak  ansur  :  Bersabar  semasa  menggunakan  jalanraya    
   terutamanya  dalam  keadaan  sesak  di  jalan  raya  dan  bertolak  ansur  dengan 
   pengguna-pengguna  jalan  raya  yang  lain, yang  mana  sekiranya  ada 
   kenderaan  yang  kelihatan  memerlukan  ruang  untuk  segera,  berikan  laluan 
   kepada  mereka  dan  sebagainya.

* Ihsan  dan  bertimbangrasa  :  Ihsan  iaitu  memahami  pengguna-pengguna 
   jalan  raya  lain  serta  bertimbangrasa  kepada  mereka.  Jangan  bersikap 
   mementingkan  diri  sendiri.

* Tidak  lalai  semasa  memandu  :  Pastikan  sentiasa  peka  dengan  keadaan 
    jalan  raya  supaya  selamat  dan  tidak  mengganggu  atau  menyusahkan 
    orang  lain.  Gunakan  pancaindera  yang  telah  dianugerahkan  Allah  dengan 
    sebaiknya.  Hendaklah  sentiasa  berwaspada  dan  peka  kepada pengguna-
    pengguna  jalanraya  yang  lain.
             
                      





 
2.         Pengajaran  dan  Pembelajaran  YANG  LENGKAP  bagi  pelajar  tahun  2  (  1  jam  ).

            Rancangan  Mengajar  Harian.

            Matapelajaran                          :  Pendidikan  Islam
            Kelas                                       :  2  Bestari
            Tarikh                                      :  23  Mac  2009
            Bilangan  Pelajar                       :  40  orang
            Masa                                        :  1  Jam
            Tajuk                                       :  Adab  Menjaga  Maruah  diri
            Sub  Tajuk                               :  Adab  Berpakaian
            Objektif  Umum                        :  Pelajar  dapat  menutup  aurat  dengan  baik  dan   
                                                               sempurna.
Objektif  Khusus                      :  Pada  akhir  proses  pengajaran  dan  pembelajaran,         
                                                   pelajar  akan dapat:
1.      Menyebut  pengertian  maruah  diri
2.      Menyatakan  empat  adab-adab  apabila  hendak  memakai  pakaian
3.      Mengamalkan  cara  berpakaian  yang  sempurna  dalam  kehidupan  harian.
Pengetahuan sedia  ada :  Semua  pelajar  tahu,  manusia  wajib  menutup  aurat.
Gabungjalin                              :  Sirah,  Feqah,  sains.
Penerapan  nilai                        :  Beradab  sopan,  harga  diri,  bersyukur,  berhati-hati.
Kemahiran  berfikir                   :  Menjana  idea,  banding  beza,  simulasi
Bahan  Bantu  Mengajar           :  Laptop,  CD,   power  point,   buku  teks,    Gambar,  Set     
pakaian  perempuan  (  Baju   kurung  ),  set  pakaian  lelaki  (Baju  melayu  ).


           Persediaan                                :1.  Menyediakan poster gambar orang yang berpakaian  
                                                                  menutup aurat dan yang tidak menutup aurat.
                                                              2. Menyediakan kad imbasan berkaitan cirri-ciri pakaian
                                                                  mengikut hukum islam.
                                                              3. Menyediakan carta doa berpakaian.
                                                              4. Menyediakan vcd adab berpakaian.
Persediaan sebelum mengajar
Tahun
Dua
Masa
60 minit
Tajuk
Adab berpakaian
Fokus
Pemikiran         : Murid mengetahuai cirri-ciri berpakaian menutup aurat.
Amalan            : Murid mengamalkan adab-adab berpakaian yang bersih dan  
                           menutup aurat.
Penghayatan    : Menghargai anugerah Allah.
Kaedah
  1. Soaljawab
  2. Perbincangan
  3. Penerangan
  4. Latih tubi
Pengetahuan sedia ada
Murid telah biasa membaca Doa 
Ketika memakai pakaian
Sumber pengajaran
  1. Poster gambar pakaian.
  2. VCD adab berpakaian.
  3. Carta doa berpakaian.
Persediaan
  1. Menyediakan poster gambar orang yang berpakaian orang yang menutup aurat dan tidak menutup aurat.
  2. Mnyediakan kad imbasan berkaitan cirri-ciri pakaian mengikut hukum Islam.
  3. Menyediakan carta doa berpakaian.
  4. Menyediakan VCD adab berpakaian.
Hasil pengajaran dan pembelajaran
Aras Satu
  1. Menyenaraikan cirri-ciri berpakaian.
  2. Menyatakan adab-adab berpakaian.
  3. Menyatakan hokum berpakaian menutup aurat.
  4. Mengamalkan adab-adab berpakaian yang bersih dan menutup aurat mengikut syarak.
  5. Menghargai anugerah Allah.
Aras Dua
  1. Menyatakan tujuan menjaga adab berpakaian.
-         Berdisiplin.
-         Menjaga maruah.
  1. Menyatakan jenis-jenis pakaian yang sesuai mengikut Islam seperti di rumah, di sekolah di masjid bersukan dan bersiar-siar.
  2. Sentiasa menjaga adab berpakaian.
Aras tiga
  1. Menyatakan kaedah adab-adab berpakaian.
  2. menyatakan keburukan tidak mengikut adab berpakaian.
  3. Menghafaz doa berpakaian.
Isi
Isi
Gabung jalin
Penyerapan
Kemahiran berfikir
1.Ciri-ciri    
   pakaian.
2.Adab
   berpakaian.
3.Hukum
   berpakaian
   menutup aurat
1. Ibadat ( Doa  
    berpakaian).
2. Akidah
    (Mematuhi  
    perintah  
    Allah.)
1.Pendidikan
   jasmani.         
   ( Menutup   
    aurat
   walaupun  
   bersukan ).
2.Sains
   kesihatan dan
   kebersihan.


1. Membezakan
    pakaian yang
    menutup aurat
    dan tidak
    menutup
    aurat.
Set Induksi
  1. Guru menayangkan poster pakaian.
  2.  Bersoal jawab berkaitan poster.
  3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.
Langkah pertama
Untuk semua murid bagi memenuhi hasil pelajaran aras 1.
Perkembangan
Ilmu
Amali
Penghayatan
Amalan
Pembudayaan
1.Penerangan   
   ciri- cirri
   berpakaian.
2. Hukum
   berpakaian.
3. Adab
   berpakaian.
1. Lakonan
 erpakaian.
2. Membaca doa berpakaian.

1. Mendisiplinkan diri.
2. Menjaga
    maruah diri.
1. Adab-
    adab berpakaian.
- bersih
- menutup
  aurat
- mengikut
  hukum
  Islam.
1.Sentiasa
   menjaga keharmonian
  diri.

Penilaian
1. Murid menyebut semula cirri-ciri berpakaian mengikut hukum Islam.
Langkah kedua
Aras 2 dan 3
Perkembangan
Ilmu
Amali
Penghayatan
Amalan
Pembudayaan
1. Guru menerangkan tujuan menjaga adab berpakaian.
1. Simulasi jenis-jenis pakaian yang mengikut hukum Islam.
1. Sentiasa menjaga adab berpakaian.
1. Berpakaian menutup aurat.
1.Berusaha menguasai kemahiran menyebut jenis-jenis pakaian yang sesuai mengikut syarak.
Penilaian
Senaraikan 3 tujuan menjaga adab berpakaian.
Langkah tiga
Aras 3


Perkembangan
Ilmu
Amali
Penghayatan
Amalan
Pembudayaan
1. Penerangan kaedah adab berpakaian.
2. Menghafaz doa berpakaian.
1. Latih tubi menghafaz doa.
1. Sentiasa berdoa ketika memakai pakaian.
1. Berpakaian menutup aurat.
1. Menyesuaikan cara berpakaian.
Penilaian
Bersoal jawab faedah mengamalkan adab berpakaian dan keburukan berpakaian tidak mengikut adab.
Rumusan
1. Guru mengingatkan murid-murid sentiasa menjaga adab ketika berpakaian.
2. Guru menasihatkan agar berusaha menjaga maruah diri dan keluarga.
Tugasan
Aras 1:
Membaca dan menghafaz doa berpakaian.
Aras 2:
Membuat buku skrap pakaian lelaki dan perempuan yang menutup aurat secara berkumpulan.
Aras 3:
Membuat poster gambar-gambar pakaian lelaki dan perempuan mengikut Islam.
Ulasan kendiri
1. Kawalan kelas dapat dicapai dengan baik.
2. Pengajaran dapat dijalankan dengan berkesan.







  3.       Senaraikan  10  faedah  beradab  dengan keluarga  dan  10  akibat  tidak  mengamalkannya.

10    faedah  beradab  dengan  keluarga  adalah  seperti  berikut:

* Memanggil  dengan  gelaran  yang  sesuai  :  Ini  membawa  maksud  kepada, 
   memanggil  ahli  keluarga  yang  lebih  tua  dengan  panggilan  yang  sesuai 
   contohnya,  kak  long,  abang long,  ayah,  ibu  dan  sebagainya.  Begitu  juga  bagi 
   yang  lebih  tua,  panggillah  kepada  ahli  keluarga  yang  lebih  muda  dengan 
   panggilan  yang  baik  dan  sesuai,  contohnya,  adik,  busu  atau  sebagainya.  Ini 
   akan  melahirkan  keluarga  yang  ceria  dan  seterusnya  diberkati  oleh  Allah 
   Taala.

* Mengucapkan  perkataan-perkataan  yang  baik.  Dalam  berinteraksi  sesama  ahli 
   keluarga,  sebaiknya  gunakanlah   perkataan-perkataan  yang  baik-baik  samada    
   semasa  sedang berbual,  bergurau  atau  sebagainya.  Perkataan atau  ayat-ayat   
   yang  baik  akan  melahirkan  perasaan  saling  hormat-menghormati  antara  satu 
   sama  lain  dan  akhlak  ini  akan  disanjung  tinggi  oleh  Allah  dan  juga  manusia. 

* Sentiasa  menunjukkan  sikap  berterima  kasih  :  Sikap  ini  adalah  paling  utama 
   ditunjukkan  kepada  ibu  bapa,  Ini  adalah  kerana  banyaknya  jasa  adan 
   pengorbanan  mereka  kepada  anak-anak.  Sikap  berterima  kasih  ini  juga  wajar 
   ditunjukkan  kepada  sesiapa  sahaja  dalam  keluarga  kerana  ia  akan 
   menghasilkan  perasaan  gembira  ibu  bapa  dan  keluarga  dan  melahirkan  juga 
   rasa  dihormati  dan  dihargai  bagi  yang  selalu  memberi.  Ini  akan  menghasilkan 
   ketenangan  dan  keamanan  dalam  sesebuah  rumahtangga.

* Bersifat  terbuka  dan  berterus  terang  di  dalam  pergaulan,  dengan  menjaga  hati 
   dengan  baik,  penuh  ramah,  tawadhu’  (  merendah  diri  ) .  Ini  akan  mendorong 
    kepada  suasana  kasih  dan  sayang,  persamaan  dan  keadilan,  nasihat  dan 
    tunjuk  ajar  dengan  lemah  lembut.  Ini  akan  mewujudkan  juga  pembentukan 
    pendidikan  anak-anak  dengan  suasana  yang  baik,  kasih  sayang  dan  ri’ayah.

*  Suka  menggembirakan  ahli  keluarga  dan  saling  memberi  perhatian antara  satu 
   sama  lain.  Yang  mana  sentiasa  peka  dengan  keadaan  dan  emosi  ibu  bapa, 
   ahli  keluarga  dan  sebagainya,  sama  ada  mereka  dalam  keadaan  gembira  atau 
   susah.  Ini  sudah  pasti  akan    dapat  melahirkan  keadaan  atau  suasana  anak-
   anak  yang  baik-baik,  soleh  dan  solehah  yang  mana  seimbang  peribadi  mereka   
   dari  segi  pemikiran  dan  bersedia  bersama  memikul  tanggungjawab  sama  ada 
   besar  atau  kecil.  Benarlah  kata  ornag  “  Kebaikan  itu  dari  Allah  dan  adab  itu 
   dari  ibu  bapa  “.
          

10    akibat  tidak  beradab  dengan  keluarga  ialah:

* Sentiasa  kasar  dalam  tingkahlaku :  Keluarga  yang  baik  dan harmoni  adalah 
   keluarga  yang  bertutur  dengan  kata  yang  baik  dan  baik  pula  tingkah  dan 
   laku.  Justeru,  sekiranya  sering  menggunakan  kata-kata  yang  kesat  dan  kasar 
   dalam  berinteraksi  sesama  keluarga  dan  kasar  pula  tingkah  laku,  tidak ada 
   adab  dan  sopan,  sudah  pastilah  akan  lahir  perasaan  ego,  sombong  dan 
   meninggi  diri  dalam  kehidupan  seharian.  Sedangkan  sifat-sifat  ini  adalah 
   dibenci  oleh  Allah  dan  Rasulullah  s.a.w.

* Takut  berbelanja  untuk  anak-anak  :  Ada  keluarga  atau  ibu  bapa  yang  takut 
   untuk  mengeluarkan  belanja  atau  membelanjakan  harta  untuk  anak-anak  sama 
   Ada  untuk  anak-anak  menuntut  ilmu  atau  sebagainya.  Sikap  kedekut  yang 
   begini  sudah  pastilah  akan  menjadikan  ana-anak  terbiar  tanpa  pendidikan  dan 
   ini  akan  mengundang  bencana  di  dunia  dan  juga  akhirat.

* Ibu  bapa  atau keluarga  yang  tidak  mahu  bertanggungjawab  dan  tidak  berdiri   
   teguh  di  atas  dasar  Islam  dalam  kehidupan  berkeluarga,  contohnya,  tidak 
   mahu  berusaha  untuk  mendapat  atau  memberikan  yang  terbaik  untuk  anak-
   anak  dan  ahli  keluarga,  pastilah  anak-anak  akan  menjadikan  mereka  musuh 
   dan  tidak  mahu  berkongsi  sebarang  masalah  atau  kegembiraan.  Ini  akan 
   menjadikan  keluarga  itu  seolah-olah  keluaraga  yang  sunyi  sepi  dan  tiada 
   suasana  keharmonian  atau   kasih  dan  sayang.  Sudah  pastilah  tiada  cahaya 
   kegembiraan  bagi  keluarga  yang  sebegini. Anak-anak  memilih  kawan-kawan 
   yang  tidak  disukai  dan  direstui  oleh   keluarga.  Berkawan  dengan  kawan-
   kawan  yang  cuai  solat,  tidak  suka  belajar,  lebih  suka  membuang  masa  dan 
   sebagainya.  Ini  menunjukkan  adab  yang  tidak  baik  dan  tidak  diselesai  oleh 
   keluarga.  Jika  ini  yang  berlaku,  pastilah  jalan  yang  ditunjukkan  adalah  ke 
   jalan  kesesatan  dan  kederhakaan.  Jalan  ini  akan  menjadikan  nak-anak  itu 
   hilang  rasa  hormat,  hilang  rasa  kasih  dan  sayang  kepada  keluarga  dan  kan 
   lahirlah  keluarga  yang  kucar  kacir. 

*  Tidak  peka  antara  satu sama  lain  dalam  keluarga.  Contohnya  ialah,  ibu  bapa 
    atau  ahli  keluarga  tidak  tahu  gerak  geri  ahli  keluarga  masing-masing,  tidak 
    tahu  apa  yang  ditulis  dan  dibaca  oleh  ahli-ahli  keluarga, tidak  tahu  pula  hobi 
    dan  minat  ahli  keluarga  dan  sebagainya.  Ketidakberadaban  seperti  ini  akan 
    mengundang  hidup  yang  tidak  berlandaskan  syariat  Islam  yang  mana 
    kehidupan  dalam  keluarga  yang  hanya  mementingkan  diri  sendiri  sahaja. Ini 
    amat  tidak  digalakkan  dalam  Islam.
                                                                                                 
*  Tiada  masa  dan  tidak  mahu  meluangkan  masa  untuk  anak-anak  dan  ahli 
    keluarga.  Ini  juga  dikira  tidak  mahu  beradab  kepada  keluarga.  Kerana  masa 
    bersama  keluarga  itu  adalah  sangat  penting.  Contohnya  makan  bersama, 
    berbual  dan  bertukar-tukar  fikiran  bersama-sama,  bermain-main, 
    mengembirakan  hati  mereka,  dan  sebagainya.  Sekiranya  suasana  ini  tiada  di 
    dalam  sesebuah  keluarga,  pastilah  keluarga  itu  jauh  rahmat  dari  Allah  Taala, 
    tiada  keharmonian,  tiada  kesefahaman  dan  kemesraan  kerana  tiada  kemesraan 
    dan  perbincangan  yang  terjalin.


*  Tidak  pernah  dan  tidak  mahu  memberikan  dan  menunjukkan  kasih  dan 
   sayang  kepada  anak-anak  atau  ahli  keluarga,  ini  berlaku  sama  ada  ibu  bapa 
   terhadap  anak-anak  atau  anak-anak  terhadap  ibu  bapa.  Setiap  insan  mahu 
   dicintai,  disayangi,  dirindui  dan  dikasihi,  maka  sekiranya  keadaan  ini  tidak 
   berlaku  dalam  peradaban  berkeluarga,  pastilah  anak-anak  dan  ahli  keluarga
   akan  membesar  dengan  perkembangan  jiwa  yang  tidak  sahih  dan  ragu-ragu. 
   seterusnya  akan  wujud  ketidakyakinan  diri,  hati  mereka  tidak  disinari  dengan 
   kemurnian  dana  harapan  mereka  hanya  akan  tinggal  harapan,  cita-cita  dan 
   semangat  akan  hilang  begitu  sahaja.

*  Tidak  berakhlak  mulia  antara  satu  sama  lain.  Contohnya,  berinteraksi  dengan   
    suara  yang  kasar  antara  satu  sama  lain,  tidak  melayan  baik  kemahuan  dan 
    harapan  ahli  keluarga,  bergaul  dengan  kasar,  tidak  mesra  antara  satu  sama 
    lain  dan  sebagainya.  Tingkah  laku  ini  akan  melahirkan  ahli  keluarga  yang 
    tidak  berwibawa  dan  anak-anak  atau  ahli-ahli  keluarga  kurang  menghargai, 
    kurang  menghormati  anatara  satu  sama  alain  dan  pastilah  sekiranya  ibu  bapa 
    yang  bersikap  sebegini  terhadap  anak-anak,  anak-anak  itu    akan   memandang 
    rendah  terhadap  darjah  pendidikan  ibu  bapa  mereka. Ini  yang  akan 
    menjatuhkan  institusi  keluarga  itu  sendiri.  Maksudnya  hendaklah  pandai-
    pandai  menyesuaikan  diri  dengan  mereka,  seolah-olah  dia  sebagai  anak  kecil 
    yang  layak  dan  mampu  bergaul  dan      bermain  dengan  anak-anak   kecilnya.

*  Gagal  menunjukkan  tauladan  yang  baik  kepada  ahli  keluarga  antara  satu 
    sama  lain.  Ini  berlaku  apabila  di  dalam  keluarga  sering  menggunakan 
    ungkapan  kata-kata  yang  kasar,  menggunakan  akhlak  yang  tidak  baik, tidak 
    mahu  menunaikan  solat,  selalu  membuang  masa,  bermegah  diri,  kasar  dalam 
    tutur  kata  dan  sebagainya.  Keadaan  ini  akan  mengundang  peniruan  yang 
    tidak  baik  di  kalangan  anak-anak  dan  ahli  keluarga   itu sendiri  dan  pasti 
    akan  menjadi  bahan  bualan  dan  tidak  di  rahmati  Allah,  malah  dihina  oleh 
    masyarakat  setempat.

  1. Bandingkan  pengalaman  pergaulan  anda  ketika  anda  berada  di  tahap  tahun  2  dengan  pergaulan  pelajar  tahun  2  zaman  sekarang  dan  buat  satu  rumusan  ringkas.
         
     Berdasarkan pengalaman pergaulan saya ketika berada di tahap tahun 2 dahulu adalah berbeza jika dibandingkan dengan pelajar tahun 2 sekarang dari segi sosialnya.

               Zaman persekolahan dahulu pelajar-pelajar agak malu untuk bertanya sesuatu  kepada guru. Biasanya apa yang diajar oleh guru, pelajar akan patuh tanpa ada apa-apa pertanyaan daripada pelajar. Ini berbeza dengan pelajar sekarang, pelajar akan bertanya kepada guru tanpa rasa malu dan kadangkala pelajar tersebut memberi  pandangan berdasarkan pengalaman mereka.

              Pelajar dahulu juga tidak berani mengeluarkan kata-kata yang tidak elok seperti mengejek rakan-rakan lain di dalam kelas ini adalah di sebabkan ibu bapa biasanya berpesan kepada anak-anak di rumah supaya menjaga tutur kata. Sebahagian pelajar sekarang berani mengeluarkan kata-kata yang tidak elok kepada rakan-rakan. Perkara ini berlaku mungkin di sebabkan pergaulan mereka yang tidak dikawal ataupun dipengaruhi media yang tidak sihat.

             Sebagai rumusannya bahawa sosial atau pergaulan pelajar-pelajar banyak dipengaruhi keadaan semasa seperti ketaatan kepada ibu dan bapa serta melaksanakan ajaran Islam yang sebenar melalui proses pengalaman sedia ada di rumah. Pelajar-pelajar yang di bentuk oleh ibu dan bapa dengan sifat akhlak yang terpuji akan mendorong mereka mengamalkan sifat tersebut semasa pergaulannya di sekolah.

             Begitu juga guru hendaklah memberi tunjuk ajar dan tauladan yang baik kepada murid serta membimbing murid atau pelajar untuk mengamalkan akhlak yang baik di dalam kehidupan mereka sama ada di rumah atau pun di sekolah.
     

No comments:

Post a Comment