Monday 20 September 2010

Majlis Penyerahan Ilmu


Pada hari Isnin (20 September 2010), SK Bukit Tembakau telah menganjurkan Majlis Penyerahan Ilmu bermula jam 8.00 pagi bertempat di Dataran Ilmu.

Majlis ini dihadiri oleh Semua Warga SKBT. Majlis ini juga merupakan acara tahunan yang telah dijalankan oleh pihak sekolah terutama pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan UPSR.

Majlis ini adalah satu acara 'simbolik' di mana guru-guru tahun 6 secara rasminya meredhakan, mengikhlaskan & menghalalkan segala ilmu yang telah diajar kepada murid-murid tahun 6. Majlis ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.
                                            
Di majlis ini juga, murid-murid telah melafazkan ikrar kepada warga sekolah di mana mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.

Dengan keredhaan guru-guru, murid-murid tahun 6 kini sepatutnya sudah amat bersedia untuk menghadapi peperiksaan mereka. Selamat berjuang!





No comments:

Post a Comment