Lawatan Ke Putrajaya, Kuala Lumpur dan Genting Highlands, selama 2 hari/1 malam
8 Oktober hingga 9 Oktober 2010
8 Oktober hingga 9 Oktober 2010
Jumaat 8 Oktober 2010
Guru Besar telah menyampaikan pesanan dan ingatan kepada semua peserta rombongan pada jam 7.45 pagi. Bas bertolak dari SKBT pada jam 8.00 pagi. Murid-murid telah dibekalkan dengan air mineral dan roti untuk alas perut sebelum sampai ke destinasi yang pertama. Pada jam 10.00 pagi rombongan telah sampai ke Putrajaya dan lawatan telah dibuat di sekitar Putrajaya seterusnya berhenti makan dan minum di Masjid Putrajaya. Murid-murid telah dibahagikan mengikut kumpulan guru bertugas.
Perjalanan diteruskan lagi dan rombongan telah sampai ke KLCC pada jam 12.00 tengahari, peserta rombongan berpeluang berada di dalam KLCC sehingga jam 2.00 petang. Peserta telah menunaikan solat jamak semasa berhenti di RnR semasa menuju ke Genting Highlands.
Bagi menuju ke Genting Highlands, peserta rombongan telah menukar bas yang telah disediakan khas dan telah sampai ke destinasi pada jam 5.30 petang. Semua peserta telah mendapat penginapan yang selesa. Sseejjuukk..... tapi seronok. Ini adalah pengalaman pertama saya sampai ke Genting Highlands. Mungkin peserta rombongan lain pun sama seperti saya.
Kami telah keluar makan malam pada jam 8.00 malam. Semua guru memberi kerjasama membantu mengawal murid. Tugas saya sebagai ketua rombongan menjadi semakin ringan. Mungkin juga masing-masing ingat pesanan guru besar semasa taklimat. Apa-apa pun saya pohonkan kepada Allah agar lawatan ini dipermudahkan sampai ke akhirnya. Selepas makan malam peserta rombongan menuju ke ’Indorgame’. Seronok la macam-macam permainan ada. Saya sendiri tidak melepaskan peluang dengan bermain bersama murid-murid. Jam 10.00 malam kami semua menuju ke bilik dan sebelum itu saya telah memberi taklimat bahawa program untuk esok akan bermula jam 7.30 pagi. Bagi murid-murid tahun 6 memang da tahu sikap saya, tak suka kalau lambat. Jadi kalau tak suka saya terjerit-jerit , pastikan esok jangan lambat. Selamat Malam..........
Sabtu 9 Oktober 2010
6.00 pagi, nak mandi sejukk, bagus la murid-murid ni tak payah kejut semua pandai bangun dan solat. Semua pakaian dikemas dan dimasukkan ke dalam beg, sampah dibuang dalam bakul sampah. Sementara murid-murid bersiap dan berkemas, saya turun ke bawah setengah jam awal jalan-jalan untuk keluarkan peluh. Tepat jam 7.30 pagi semua sudah ada di tempat yang dijanjikan, kami bergerak untuk sarapan pagi dan menuju ke tempat permainan. Sampai di sini Pn. Hjh Norbi telah menguruskan tiket untuk memasuki tempat permainan. Wah! banyak sangat permainan yang boleh dimainkan. Kalau macam ni, dua hari pun tak cukup. Ketua rombongan bagi arahan sampai pukul 11.30 pagi sahaja boleh berada dalam tempat permainan ni. Seronok-seronok sangat bermain ada yang sampai termuntah-muntah. Saya sendiri mencuba satu permainan. Pening kepala saya tak macam teacher Alisa, nak tau tanya lah dia apa yang dia main.
Tepat pada masanya, kami sampai ke bilik jam 11.40 pagi. Ada lebih kurang 20 minit sebelum ’chekout’ kemas barang, serah kunci dan turun semula ke bawah. Kami bergerak menaiki bas tepat jam 12.00 tengahari. Semasa perjalanan, kami singgah makan tengahari di restoran. Makanan kira murah la juga. Nasi, lauk ayam goreng, sayur dan air sirap cuma RM 4. Cekap betul kawan-kawan yang rundingkan harga makanan. Semua murid dapat makan tengahari. Saya yang pening-pening kepala pun makan la juga. Terima kasih kepada AJK keselamatan sebab sediakan panadol. Hilang jugala pening kepala saya. Perjalanan diteruskan lagi dan kali ini kami singgah di Strowbery Park membeli buah tangan untuk keluarga di rumah. Harap-harap yang menanti di rumah nanti tak lah menyambut dengan tangan kosong. Selama 1 jam kami di sini, banyak jugalah buah tangan yang dibeli. Tepat jam 2.00 petang kami bergerak menuju ke SKBT.
Jam 5.30 petang, kami berhenti di RnR Seremban untuk menunaikan solat jamak zuhur dan asar. Selepas solat semua peserta rombongan telah diberikan makanan dan minuman sebagai minum petang. Perjalanan diteruskan lagi pada jam 6.30 petang. Perjalanan yang panjang dirasakan singkat, badan yang penat dirasakan hilang disebabkan rasa gembira melihat telatah murid-murid SKBT.
Tepat jam 7.40 malam kami tiba di SKBT. Alhamdulillah semua berjalan lancar sebagaimana yang dirancang. Sebelum balik murid-murid bersalaman dan mengucapkan terima kasih dengan semua guru. Saya sebagai ketua rombongan bersyukur sangat kehadrat Allah atas semua kehendakNya. Jam 8.00 malam, saya menelefon guru besar tapi tak sempat nak cakap bateri hp abis la.. Harap Pn Rogayah maafkan saya. Kan dah cakap tadi semua atas kehendakNya...............
No comments:
Post a Comment