Hari ini, membaca merupakan antara kemahiran asas yang paling penting yang harus dikuasai oleh anak-anak pada usia muda. Jelas pada hari ini, perkembangan dalam dunia pendidikan dan ilmu sangat berbeza. Kalau dulu kanak-kanak pada usia 5 dan 6 tahun masih leka dengan bermain, hari ini tidak lagi begitu. Kalau dulu ibu bapa berpuashati anak dapat membaca apabila telah memasuki darjah 2 dan 3, kini tidak lagi. Segalanya berubah sekarang. Cabaran dan perkembangan dunia ilmu sekarang semakin mencabar dan ‘demanding’. Oleh itu ibu bapa harus sedar bahawa menyediakan anak-anak dengan kemahiran yang asas yang sesuai untuk menghadapi zaman mereka sangat penting. Dan salah satu kemahiran asas tersebut ialah membaca. (maharatul Qiraat) dalam bahasa arab. Saya pernah menulis di dalam blog ini kemahiran membaca, kemahiran menulis dan berkomunikasi tetapi semuanya di dalam bahasa arab. Sebahagiannya saya ambil dari tugasan yang saya pernah buat dan dari pengalaman semasa belajar di sekolah dahulu.
Membaca adalah merupakan sesuatu jalan bagi mendapatkan ilmu. Sekarang ini di sekolah telah wujud pelbagai program bagi menggalakkan murid membaca seperti program NILAM, aktiviti segar minda dan program membaca 5 minit . Bagi penanda aras pencapaian murid pula telah wujud program literasi dan Numberasi yang mampu mengesan pencapaian penguasaan murid semasa ditahap 1. Begitu juga dengan PROTIM yang membantu murid agar mampu menguasai pelajaran. Namun perlu di ingat ‘Literasi bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak’. Begitulah bunyi ungkapan yang sering disebut. Membaca dan menulis bukanlah lahir bersama lahirnya anak-anak adam ini. Tidak ada bayi yang baru lahir dapat membaca apatahlagi menulis. Tetapi ia merupakan satu hak yang harus ditunaikan oleh ibu bapanya. Lihat sajalah apa jadi kepada remaja yang tidak dapat membaca dan menulis pada hari ini. Walaupun tidak semuanya, tetapi antara salah satu punca kegagalan dan keruntuhan akhlak mereka berpunca daripada kegagalan membaca dan menulis. Oleh itu, siapakah orang pertama yang perlu dipersalahkan. Tadi saya telah nyatakan perbezaan dulu dengan sekarang, maknanya ibu bapa perlu memastikan anak-anak mampu membaca sebelum masuk ke tahun 1. Sebagai memenuhi tanggungjawab ini wajarlah ibu bapa hari ini mengajar anak-anaknya membaca pada usia awal lagi.
Bagaimana caranya?
Tanam minat membaca sejak lahir lagi melalui:
Penggunaan bahasa yang baik. Anak-anak yang baru lahir memang lumrahnya mula melihat sekelilingnya dengan penuh minat. Antara perkara utama yang dipelajarinya ialah bahasa dan ucapan orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu ibu bapa haruslah bercakap dengan anak-anak mereka dengan menggunakan bahasa yang baik dan sopan. Kanak-kanak lambat dapat bercakap berpunca, di antaranya, daripada kurangnya komunikasi di antara ibu bapa dengan mereka pada usia kecil. Kesannya, anak-anak ini akan belajar berbahasa dengan bahasa rakan mereka atau bahasa yang dipertontonkan melalui program-program TV yang berupa karton dan sebagainya. Bahasa rojak ini tidak membantu membina kemahiran berbahasa mereka dan akan menyebabkan mereka kurang keyakinan apabila berbahasa atau apabila belajar membaca nanti. Oleh itu bercakaplah dengan anak-anak menggunakan bahasa yang baik, jelas dan santun.
Ibu bapa juga perlu sentiasa membimbing anak-anak agar minat membaca dengan membelikan buku-buku yang sesuai dengan peringkat usia anak, serta bersama mereka dalam aktiviti membaca supaya tidak wujud kebosanan dalam diri mereka.
Skim langganan khas majalah kuntum. Terkini sekolah ada menyediakan khidmat langganan majalah kuntum melalui pusat sumber sekolah yang dikelolakan oleh ustazah Hjh Norbi (0176985506). Sesiapa yang berminat boleh membuat pesanan terus dengan mengisi borang yang disediakan. RM 20 bagi langganan 1 tahun (11 keluaran ) RM 38 bagi langganan 2 tahun (22 keluaran ) . Majalah kuntum ini adalah majalah kanak-kanak yang di terbitkan sejak tahun 1980 dan terdapat aktiviti yang menarik dan sesuai bagi peringkat murid sekolah rendah.
No comments:
Post a Comment